suria

Khai Bahar bangga wakili Malaysia di Turkiye, tetap beri persembahan terbaik meski sedang berdepan masalah suara

Khai bersyukur diberi peluang menunjukkan bakat di pentas antarabangsa.

MENCIPTA satu lagi sejarah dalam karier seninya, penyanyi Khai Bahar tampil mewakili Malaysia di acara berprestij 13th ABU TV Song Festival 2024 yang berlangsung di Pameran Antarabangsa Luthfi Kirdar, Istanbul, Turkiye pada Ahad.

Meskipun sedang berdepan masalah kesihatan pada vokal, namun Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, meluahkan rasa syukur apabila berjaya melakukan persembahan itu dengan baik.

Copy of Untitled - 2024-10-21T141207.047

Khai mentifatkan pengalaman beraksi di Tukiye sebagai kenangan bermakna.

"Syukur Alhamdullilah peluang yang sangat berharga dipilih mewakili Malaysia.

"Walaupun kesihatan suara saya tidak optimum namun saya sangat bersyukur segalanya lancar dan dapat diselesaikan dengan baik," katanya kepada mStar.

Menerusi acara tersebut, Khai mempersembahkan lagu nyanyiannya berjudul Bayang secara langsung di Auditorium Anadolu.

Difahamkan, pemilihan Khai dibuat oleh pihak penerbitan Hiburan TV RTM sebagai badan mewakili ABU.

ARTIKEL BERKAITAN: Didi Astillah terima keputusan Yazmin Aziz, tak letak harapan tinggi kerana sedar diri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Empat kali Naqiu pujuk, akhirnya Joey Daud setuju sertai ‘Famili Duo 4’... Mahu kembali aktif menyanyi

Dalam pada itu, Khai menyifatkan pengalaman menyanyi sepentas dengan artis dari 11 buah negara lain sebagai kenangan bermakna.

"Satu pengalaman baru dan kenangan manis apabila sepentas dengan 11 negara kesemuanya. Terima kasih RTM atas kepercayaan yang diberikan," ujarnya.

ABU TV Song Festival dianjurkan pada tahun 2012 dan menjadi sebuah pameran persembahan tanpa pertandingan dari rantau Asia-Pasifik.

Copy of Untitled - 2024-10-21T141038.945

Khai mendendangkan lagunya berjudul Bayang.

Setiap penyiar yang mengambil bahagian perlu memilih artis untuk dari negara masing-masing, untuk mempersembahkan karya mereka acara berkenaan.

Selain Malaysia, 10 negara turut terbabit pada penganjuran kali ini iaitu China, Indonesia, Hong Kong, India, Jepun, Macau, Korea Selatan, Turkiye, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain