suria

[V] Dah 9 tahun jadi artis tapi ada orang belum kenal Sharul Kamal, kena marah disangka Hafidz Roshdi

PENYANYI Sharul Kamal mengharapkan penyertaan dalam program Famili Duo musim keempat (FD4) dapat menjadi platform terbaik untuk namanya lebih dikenali dalam industri seni.

Kata Sharul atau Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 28, sepanjang sembilan tahun menjadi anak seni masih ada yang keliru selain menyamakan wajahnya seperti Akim Ahmad dan pelakon Hafidz Roshdi.

"Saya sangat mengharapkan satu platform seperti FD4 ini. Bila diberi tawaran saya rasa amat bersyukur. Semoga selepas ini orang akan kenal dan panggil saya Sharul Kamal.

sharul 2

Sharul merasakan Famili Duo musim keempat sebagai platform terbaik menaikkan namanya.

"Cabaran selama sembilan tahun ini adalah untuk orang kenal. Saya sudah penat apabila wajah disamakan dengan orang lain. Mungkin wajah saya terlalu universal," katanya kepada mStar.

Sharul ditemui selepas selesai konsert minggu pertama FD4 yang berlangsung di Studio NTV7, Shah Alam pada malam Ahad.

Untuk musim kali ini, Sharul bergandingan dengan Tomok bagi merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Didi Astillah terima keputusan Yazmin Aziz, tak letak harapan tinggi kerana sedar diri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Empat kali Naqiu pujuk, akhirnya Joey Daud setuju sertai ‘Famili Duo 4’... Mahu kembali aktif menyanyi

Berkongsi lanjut mengenai penyertaannya itu, Sharul turut berkongsi pengalaman dimarahi seorang wanita yang menyangkakan dirinya adalah Hafidz Roshdi.

"Ujian rumah tangga berlaku pada dia, tetapi masalahnya saya yang terkena juga. Malah sehingga sekarang pun masih ada yang keliru. Ada juga yang minta sampaikan salam kepada Stacy kerana melihat saya sama seperti Akim.

"Saya tidak berkecil hati orang tak kenal saya, cuma akan terasa bila terlalu mudah buat andaian tanpa bertanya.

Saya sudah penat apabila wajah disamakan dengan orang lain.

SHARUL KAMAL

PENYANYI

"Ada juga rasa geram bila dikatakan saya cuba meniru orang lain. Jika melihat perjalanan saya, pasti akan tahu siapa Sharul Kamal," ujarnya.

Sementara itu Sharul dan Tomok berjaya menjadi juara minggu FD4 selepas mendapat markah tertinggi menerusi persembahan lagu Aku Penghiburmu (Datuk Jamal Abdillah) serta Gerhana (Datuk M Nasir).

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

sharul 3

Aksi Sharul dan Tomok pada minggu pertama mencuri perhatian ramai.

Pasangan duo lain yang turut bertanding adalah Shiha & Ieda Zikir, Naqiu & Joey Daud, Salma Asis & Ayie Ilham, Zahid & Anne serta Didi Astillah & Thamiera Chan.

Penilaian markah dibuat berdasarkan 30 peratus undian peminat dan selebihnya adalah keputusan dua juri iaitu Datuk Rosyam Nor serta Mas Idayu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain