suria

Bella tiada kaitan pengunduran Stacy, Didi Astillah pula tak tahu gambar dalam poster konsert

Didi enggan komen lanjut tentang pengunduran Stacy (kanan).

PENGUNDURAN Stacy daripada menyertai konsert A Night With Sumandak Stars menjadi bualan dalam kalangan peminat.

Sebagai salah seorang yang bakal membuat persembahan pada konsert tersebut, penyanyi Didi Astillah memberitahu apa yang berlaku tidak melibatkan dirinya.

Malah Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, juga menegaskan dia dan kakaknya iaitu Bella Astillah bukanlah penganjur konsert berkenaan.

didi astillah 2

Rekaan poster promosi antara yang menjadi bualan ramai.

"Saya tidak tahu tentang perkara itu (pengunduran Stacy). Itu semua adalah dari pihak penganjur. Saya hanya dapat tahu dari sosial media.

"Kami (Didi dan Bella) tiada kena mengena. Kami hanya artis jemputan yang dipanggil untuk menyanyi. Saya anggap ini adalah peluang dan rezeki," katanya kepada mStar.

Pada Jumaat lalu, Stacy mengumumkan dia menarik diri sebagai salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan pada konsert berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengumuman penting Bella Astillah buat peminat berdebar, rupanya gimik pelancaran konsert bersama 6 penyanyi asal Sabah

ARTIKEL BERKAITAN: Sekarang Didi Astillah lebih introvert, tak boleh berada di tempat ramai orang... Menyanyi bukan untuk kejar populariti

Menerusi temu bual media, Stacy menyebut beberapa alasan termasuk ada perkara yang tidak mendapat persetujuan bersama pihak penganjur.

Dia juga menyebut konsert tersebut pada awalnya diberi nama Bella & Friends dan kurang bersetuju dengan rekaan poster yang menyerlahkan wajah Bella Astillah.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya dan Bella tiada kena mengena dengan pengurusan konsert

DIDI ASTILLAH

PENYANYI

Susulan itu juga ramai peminat meluahkan rasa senang apabila menonjolkan Bella sedangkan barisan penyanyi lain memiliki reputasi lebih baik dalam dunia seni.

Mengulas perkara tersebut, Didi akur akan tanggapan pelbagai pihak berhubung isu berkenaan.

didi astilla 3

Wani (kiri), Bella, Adira dan Didi akan bergabung dalam satu konsert sama.

"Kita tak boleh nak halang orang bercakap. Saya tidak tahu apa-apa dan saya tak boleh nak ulas perkara ini.

"Awalnya saya hanya membuat kemunculan sahaja di konsert dan tidak tahu gambar turut ada dalam poster. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya dan Bella tiada kena mengena dengan pengurusan konsert," jelasnya.

Selain Didi dan Bella konsert yang bakal berlangsung pada 30 November itu turut membariskan penyanyi wanita asal Sabah lain iaitu Marsha Milan, Nikki Palikat, Wani Kayrie serta Adira.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain