suria

Kemunculan Joey Daud dapat sorakan, pasangan Naqiu di Famili Duo 4 akhirnya terjawab

Joey berganding dengan Naqiu untuk bertanding dalam FD4.

TEKA-TEKI siapa selebriti menjadi pasangan Naqiu terjawab apabila pelakon dan pelawak Joey Daud tampil di konsert minggu pertama program Famili Duo musim keempat (FD4).

Kemunculan Joey mendapat sorakan ramai peminat pada acara yang bersiaran secara langsung di Studio NTV7, Shah Alam pada malam Ahad.

Bagi minggu pertama, Joey dan Naqiu membuat persembahan menyanyikan lagu Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak) dan Sinaran (Datuk Sheila Majid).

joey - 1

Kemunculan Joey (kiri) memberi kejutan buat penonton.

Dalam sidang media yang berlangsung sebelum ini, pasangan duet Naqiu dirahsiakan dan bakal menjadi kejutan buat peminat dalam acara pembukaan.

Naqiu ketika bertemu media ketika itu hanya memberitahu gandingannya merupakan seorang yang mempunyai talian persaudaraan dengannya.

Bahkan dia memberitahu individu tersebut merupakan seorang yang sudah lama tidak membuat kemunculan di atas pentas sebagai penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu ada sebab kembali sertai pertandingan nyanyian, pasangan duet di Famili Duo 4 kekal rahsia

ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi ‘busking’ di Bukit Bintang, Zahid buang ego pernah bergelar juara AF2... Hargai pengalaman dapat RM30

Joey atau Zulkifli Daud, 51, merupakan seorang selebriti yang mempunyai bakat dalam pelbagai bidang dan tidak hanya dikenali sebagai pengacara.

Dia pernah menjadi anggota kumpulan Exists selepas pengunduruan Ezad Lazim.

Selain Naqiu dan Joey, pasangan lain yang bertanding adalah Shiha & Ieda Zikir, Zahid & Anne, Tomok & Sharul Kamal, Salma Asis & Ayie Ilham serta Didi Astillah & Thamiera.

Musim kali ini juga bakal menyaksikan Janna Nick dan Sharif Zero bertindak sebagai hos program.

Manakala kerusi juri pula akan diisi oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain