IKATAN perkahwinan selama 18 tahun sudah berakhir dengan penceraian namun penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob masih melafazkan kata-kata sayang buat bekas isteri iaitu Azrene Soraya Abdul Aziz. Malah Fazley, 45, memberitahu dia tetap menggunakan panggilan 'adik' buast Azrene seperti mana ketika mereka masih bergelar suami isteri sebelum ini. Bagi Fazley walaupun sudah bercerai namun kasih sayang terhadap Azrene tetap utuh malah menyifatkan bekas isterinya itu sebagai teman hidup. Fazley kongsi kehidupan selepas bercerai. "Kalau kami video call saya masih panggil dia 'adik' dan dia panggil saya 'abang' seperti mana sebelum ini. "Kami masih lafazkan kata-kata 'I love you'... Kami tak mahu anak-anak terasa dengan perpisahan ini. "Mungkin kami berpisah secara akad tetapi tidak berpisah kasih sayang. Status bertukar daripada seorang isteri kepada teman hidup," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Fazley Yaakob dan bekas isteri kekal rapat, anak-anak lapang dada terima berita penceraian - “Tak semua pahit itu racun” ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 18 tahun Fazley Yaakob dan Azrene Soraya berakhir, sah cerai beberapa bulan lalu Fazley berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama program Melodi yang disiarkan pada Ahad. Pada Selasa lalu, Fazley mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia dan Azrene sudah beberapa bulan bercerai dan bekas isterinya juga sudah selesai menjalani tempoh idah. Tidak menyebut punca penceraian tersebut, Fazley sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat secara bersama selepas 18 tahun melayari kehidupan berumah tangga. Mungkin kami berpisah secara akad tetapi tidak berpisah kasih sayang DATUK FAZLEY YAAKOB CEF SELEBRITI Tambah Fazley, tidak mudah membuat keputusan bercerai namun menganggap apa yang berlaku adalah terbaik buat semua pihak. "Sebelum lafaz kami berpelukan, bersalaman dan memohon maaf. Kemudian masing-masing menarik nafas lega. "Perpisahan adalah sesuatu yang tidak dijangka. Saya dan Azrene tahu apa yang kami buat dan ia bukan dirancang dalam tempoh singkat. Fazley dan Azrene kekalkan hubungan erat dalam keluarga. "Sebaliknya kami ambil masa bertahun untuk buat keputusan yang sukar ini. Masing-masing kecewa kerana apa yang dibina selepas 18 tahun ini tidak dapat diteruskan. "Namun saya dan Azrene masih kekal akrab," jelasnya. Tambah Fazley empat anak-anak mereka juga memahami dan menerima baik perpisahannya dengan Azrene. Untuk rekod fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13, serta Alayna Selma, 7 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!