PELAKON Emelda Rosmila kurang senang dengan sikap segelintir artis baharu yang mempamerkan sikap sombong ketika berada di set penggambaran. Emelda, 44, berkata, sebagai pendatang baharu golongan ini sepatutnya kena bijak membawa diri selain mengambil peluang menuntut ilmu dengan pelakon lebih senior dan berpengalaman. “Pelakon baru sekarang jarang nak berlatih sebelum penggambaran, kita pula kena panggil... Saya bila tengok mereka tunjuk sikap begitu, pandai-pandailah! Emelda malas layan artis baharu yang sombong. “Saya sendiri di awal kemunculan dulu pun ambil ilmu daripada pelakon lebih senior sebab itu peluang kita perbaiki diri. “Saya sendiri hargai kalau pelakon-pelakon baru ini ada usaha untuk lakukan perkara sama,” katanya kepada mStar. Emelda berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Salju Rindu Di Bumi Auckland pada 9 Oktober lalu. Tiada istilah senior, Emelda sebaliknya percaya jika semua pihak memberi kerjasama tanpa mengambil kira soal darjat, proses penggambaran akan jadi lebih mudah dan pantas. ARTIKEL BERKAITAN: Emelda Rosmila tak hiraukan populariti, utamakan bakat seni - “Tak perlu kontroversi murahan untuk dikenali” ARTIKEL BERKAITAN: Emelda Rosmila Jadikan Suami Tempat Rujuk “Bukan sebab kita pelakon lama tapi saya suka ada penyesuaian masa bekerja. “Bila kita berguru dengan senior, kita kena ada rasa hormat dan rasa ‘takut’ sebab sedar pengalaman kita kurang,” ujarnya. Lebih selesa berdiam diri, Emelda meletakkan tanggungjawab menegur pelakon baharu pada pihak produksi. Mereka sepatutnya kena pandai bawa diri, ia perkara pengetahuan asas. EMELDA ROSMILA PELAKON Baginya, pendatang baharu haruslah pandai membawa diri dalam industri memandangkan ia bukan kali pertama mereka berkerja di set pengambaran. “Saya tak tegur mereka, kalau dah habis babak pun saya akan beritahu pengarah untuk tegur. “Mereka sepatutnya kena pandai bawa diri, ia perkara pengetahuan asas. Kebanyakan mereka ini pun bukannya langsung tiada pengalaman,” katanya. Dalam perkembangan lain, Emelda tampil dengan drama terbaharu Salju Rindu Di Bumi Auckland yang sudah pun ditayangkan pada 16 September lalu. Emelda minta pengarah sahaja tegur lakonan pelakon baharu. Sejak ia ditayangkan, drama ini berjaya menduduki tempat pertama di platform Tonton selama dua minggu sekali gus menjadikan ia program pilihan utama penonton. Malah, drama ini turut mendapat sambutan luar biasa di media sosial apabila meraih 30 juta capaian setakat 10 episod dalam masa tiga minggu. Selain Emelda, drama ini turut dibintangi oleh Riena Diana, Keith Foo, Nabil Aqil, Shamsul Ghau Ghau dan Kodi Rasheed. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!