suria

“Dengar suara dalam kepala” - Shasha Abedul derita 3 masalah mental, terpaksa jumpa pakar psikologi

Shasha mempunyai masalah kesihatan mental sejak tiga tahun lalu.

PELAKON Shasha Abedul mendedahkan dia pernah mengalami masalah gangguan mental seperti kemurungan dan serangan panik tiga tahun lalu.

Shasha, 28, berkata, dia terpaksa berjumpa dengan pakar psikologi serta ahli terapi bagi membantu menangani masalah berkenaan.

“Tiga tahun lalu saya mengalami gangguan kemurungan, anxiety dan serangan panik tapi tidaklah sampai tahap cederakan diri sendiri.

size NP 1 - 2024-10-19T161711.461

Shasha berjumpa pakar bagi membantu dirinya pulih daripada masalah kesihatan mental.

“Tahun pertama kena macam tak tahu nak kawal apabila mendapat serangan tetapi selepas jumpa pakar barulah saya tahu mengawalnya,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut mengenai masalah dihidapi, dia pernah mengalami halusinasi selain mendengar suara seseorang dalam kepalanya.

Keadaan itu paling membuatkan dia bimbang namun bernasib baik semua masalah dihidapi dapat diatasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir sebulan pakai tudung, Shasha Abedul terdetik tutup aurat ketika ‘upload’ foto di IG

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak ‘job’ sepanjang Ramadan... Shasha Abedul tunai umrah, berpuasa dan sambut Syawal di Tanah Suci

"Saya pernah sampai pada satu tahap boleh dengar suara tak diketahui dalam kepala.

"Ia sangat teruk. Malah saya tak tahu siapa yang cakap tu.

"Perkara itu berlaku tiga minggu sebelum saya nak tunaikan umrah tahun lalu," jelasnya.

size NP 1 - 2024-10-19T161728.891

Shasha pernah dengar suara tidak diketahui di dalam fikirannya.

Dalam perkembangan lain, Shasha akan tampil dengan drama bersiri Project: Exit yang akan menemui penonton pada 1 November depan.

Selain Shasha, pelakon lain yang terlibat dalam naskhah berkenaan ialah Mierul Aiman, Naim Daniel, Kimberly Chuah, Nabila Huda dan Farah Ahmad.

Drama Project: Exit akan bersiaran setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi platform penstriman Astro Go dan Sooka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain