PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad berjaya membuktikan tanggapan skeptikal mengenai karier seorang wanita akan berakhir selepas berkahwin adalah salah. Tidak mendabik dada dengan kejayaan dikecapi, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, memberitahu sokongan dan dorongan suami iaitu Raja Syahiran memainkan penting dalam setiap langkahnya dalam industri seni. "Ramai orang kata apabila sudah berkahwin, karier saya akan berakhir. Uyaina dinobatkan Pengacara TV Popular ABPBH36. "Ada pula kata apabila bergelar isteri, itu adalah penamat bagi seorang wanita dalam kerjayanya. "Tetapi suami sangat memberi sokongan kepada saya untuk terus melangkah jauh dalam kerjaya saya," katanya kepada mStar. Malah cerita Uyaina, ketika mendapat tawaran bergelar hos sebuah program di Indonesia, suaminya bersungguh-sungguh meminta dia menerima pelawaan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad kekal tenang, tak melatah netizen petik nama bakal disaman ‘Abang Bas’ ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad belum terima sebarang ‘LOD’ isu Abang Bas, anggap peguam hanya gertak - “Apa saya suarakan hanya berdasarkan fakta” Jelas Uyaina, walaupun berat hati menerima tawaran tersebut namun sokongan Raja Syahiran membuatkan dia yakin dapat melunaskan tanggungjawab dengan baik. "Pada awalnya saya ada perasaan gusar apabila memikirkan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu dan isteri. "Tapi tak sempat saya habis cakap dengan suami, dia sendiri minta saya jangan tolak peluang. Saya bersyukur sangat sebab ada sistem sokongan daripada keluarga," ujarnya. Uyaina dan Syahiran mempunyai dua orang anak lelaki. Sekadar info, Uyaina baru sahaja memenangi trofi Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) pada 11 Oktober lalu. Uyaina menewaskan empat pesaing lain iaitu Elly Mazlein, Anim Ezzati, Izzue Islam dan Raja Azura. Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Syahiran pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 2, dan Raja Urayyan yang kini berusia lima bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!