suria

Idzham Ismail tak bagi isteri memasak, lebih gemar makan di restoran - “Saya tak mahu dia penat”

Idzham sentiasa pentingkan bab nafkah selepas bergelar suami.

PELAKON Idzham Ismail mendedahkan isterinya sudah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke dapur memasak untuknya dan keluarga.

Tidak mahu isteri kepenatan, Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, berkata, dia lebih gemar makan di restoran kerana itu adalah waktu mereka meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

"Isteri saya dah bertahun tak masak sebab saya tak nak dia penat.

size NP 1 - 2024-10-18T155011.350

Idzham sentiasa pentingkan bab nafkah isteri dan anak-anak.

"Saya akan makan dekat kedai satu keluarga hari-hari dan secara tak langsung bawa anak isteri ambil angin luar," katanya.

Idzham berkongsi perkara itu menerusi hantaran di akaun Thread miliknya pada pagi Jumaat.

Dalam pada itu, sebagai suami Idzham memberitahu dia sangat mementingkan soal nafkah isteri dan anak-anak malah sudah terbiasa dengan perkara itu.

Disebabkan itu, dia berasa pelik apabila terdapat segelintir lelaki tidak tahu tanggungjawab mereka sebagai suami termasuk soal nafkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kaitan isu peribadi, perkongsian Idzham Ismail fasal rumah tangga secara umum - “Mana tahu siapa baca tak jadi cerai”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto di mahkamah syariah, Idzham Ismail hanya minta doa buat keluarganya

"Bab nafkah ini saya dari dulu sampai sekarang, saya uruskan sendiri.

"Saya tak faham kenapa perempuan boleh jumpa lelaki yang jenis tak uruskan semua nafkah. Maksud saya pada yang mampu atau malas bekerja ni .

"Yang dah berusaha keras ni saya faham rezeki mungkin Allah nak isteri kongsi sama," ujarnya.

Berkongsi lanjut, kata Idzham membuat kesilapan itu adalah fitrah manusia, namun pesan aktor itu berbaliklah pada ajaran Islam supaya menemui ketenangan dalam kehidupan.

size NP 1 - 2024-10-18T160614.708

Idzham percaya ajaran agama Islam itu indah.

"Kita manusia fitrah memang ada buat silap atau jahil, tapi belajarlah agama untuk kehidupan.

"Ikut ajaran dan hukum Islam, itu sahaja jalan ketenangan," jelasnya.

Untuk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain