suria

Badan disamakan macam Godzilla, Ummi Nazeera sudah diet sejak usia 12 tahun

Ummi kongsi pengalaman diejek ketika zaman sekolah.

PELAKON Ummi Nazeera pernah menjadi mangsa 'body shaming' ketika zaman kanak-kanak disebabkan memiliki tubuh yang berisi dan lebih tinggi berbanding rakan sebaya.

Ummi atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 34, berkata, dia sering menerima kata-kata ejekan malah ada yang sanggup menyamakannya dengan seekor raksasa.

“Dulu semasa saya kecil dalam umur 11 tahun badan saya berisi sebab saya tinggi. Memang ada orang 'body shaming' saya ketika itu dengan memanggil saya Godzilla.

size NP 1 - 2024-10-18T125104.499

Kini ramai yang kagum dengan bentuk badan Ummi.

“Sebenarnya badan saya tidaklah begitu besar cuma saya tinggi. Bila dengar tentulah saya sentap, nak pula yang mengejek itu budak lelaki,” katanya kepada mStar.

Ummi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Andai Tiada Dia yang berlangsung di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengakui terkesan dengan kata-kata ejekan berkenaan, Ummi bagaimanapun menganggap perkara tersebut sebagai pembakar semangat untuk mengubah penampilan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bertahan kerana minat”... Selepas 16 tahun, Ummi Nazeera puas pertama kali rangkul trofi pelakon terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera dedah sikap Aliff Aziz di lokasi penggambaran... ”Ramai senang hati, dia sangat pemurah”

Hasilnya, dia berjaya untuk menurunkan berat badan dalam tempoh setahun meskipun pada usia yang masih mentah.

“Ia mengganggu keyakinan diri saya terutama apabila berlaku pada usia muda. Saya tak beri sebarang reaksi terhadap individu tersebut, tetapi saya buat perubahan dan buktikan terhadap diri saya sendiri.

“Ia sebenarnya telah membentuk diri saya. Bayangkan ia berlaku ketika usia saya 11 tahun, pada umur 12 tahun saya terus nekad kurus,” jelasnya.

Bila dengar tentulah saya sentap, nak pula yang mengejek itu budak lelaki

UMMI NAZEERA

PELAKON

Gembira dengan betuk badan terkini, Ummi memberitahu dia tidak lagi menerima sebarang kritikan malah ramai pula yang meminta nasihatnya mengenai penampilan.

“Saya masih dalam BMI normal dan saya gembira dengan tubuh badan saya sekarang.

“Sekarang saya tak pernah terima sebarang 'body shaming' malah ada yang minta saya kongsikan tip bagaimana menurunkan berat badan,” kongsinya.

size NP 1 - 2024-10-18T125137.334

Barisan pelakon Andai Tiada Dia.

Dalam perkembangan lain, Ummi tampil dengan drama terbaharu berjudul Andai Tiada Dia yang bakal bersiaran di Astro Ria bermula 21 Oktober ini.

Drama yang penuh dengan emosi ini mengisarkan tentang kehidupan suami isteri yang bergelut dengan dilema untuk mendapatkan zuriat, ditambah pula dengan kehadiran orang ketiga.

Selain Ummi, drama tersebut turut dibintangi Hisyam Hamid, Mimi Lana, Zahiril Adzim dan Kodi Rasheed.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain