suria

Imran Ajmain turun 33 kilogram dalam tempoh 2 tahun, tak bersenam amal diet ‘potong’ gula

Imran berjaya turunkan berat badan sebanyak 33 kilogram dalam masa dua tahun.

PENYANYI Imran Ajmain berjaya menurunkan berat badan sebanyak 33 kilogram dalam tempoh dua tahun.

Imran atau Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 43, berkata, perkara itu dapat dicapai selepas dia berhenti mengambil minuman bergula dan mengawal makan makanan yang tidak sihat.

"Saya berjaya turunkan berat sebanyak 33 kilogram dalam tempoh dua tahun dengan cara potong (berhenti) gula dalam minuman (walaupun ada kala menipu juga).

size NP 1 - 2024-10-18T121419.616

Imran berkongsi perkara itu menerusi ciapan di aplikasi X miliknya.

"Potong makan makanan karbohidrat kegemaran saya dan mula masak sahaja sendiri.

"Saya juga melakukan rutin pengambilan diet vegan (berasaskan sayuran) sebanyak 21 hingga 40 hari," katanya.

Imran berkongsi perkara itu menerusi satu ciapan di aplikasi X pada Khamis.

Mula merasai kesan diet diamalkan, sakit pada bahagian lutut kanan dialaminya juga semakin pulih selepas berjaya menurunkan berat badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Imran Ajmain ada rasa takut rezeki melimpah ruah, sedar sedang berdepan ujian

ARTIKEL BERKAITAN: Lari daripada balada mendayu-dayu, ’Padam Dan Pergi’ tonjol sisi berbeza Imran Ajmain

"Saya juga sudah tidak rasa sakit di bahagian lutut kanan," ujarnya.

Dalam pada itu, Imran sempat membalas di ruangan komen menyatakan dia tidak mengamalkan sebarang senaman, sebaliknya hanya menjaga diet pemakanan dengan teratur.

Malah penyanyi lagu Seribu Tahun itu berkongsi berat badan terberatnya pernah mencecah sehingga 140 kilogram.

"Tidak, saya tak bersenam pun. Paling berat pernah saya timbang 135 hingga 140 kilogram," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain