MULA melibatkan diri dalam dunia seni sejak kecil, penyanyi dan pelakon Didi Astillah memberitahu peningkatan usia menjadikan personaliti dirinya mula berbeza. Kata Didi, jika seseorang artis tiada masalah dikeliling orang ramai, namun berbeza bagi dirinya yang lebih suka menyendiri. Malah Didi atau Dayang Nazillah Awang Astillah, 28, juga menyifatkan dirinya seorang introvert dan tidak suka berada di tempat awam yang terlalu sesak. Didi cuba atasi daripada terus menjadi introvert. "Saya rasa saya akan jadi introvert dengan orang yang tidak dikenali. Contohnya bila pergi konsert artis lain, saya sedar bahawa tidak boleh berada di tempat ramai orang. "Apabila usia semakin meningkat, tiba-tiba perasaan introvert itu datang," katanya kepada mStar. Didi ditemui ketika sidang media konsert A Night With Sumandak Stars yang berlangsung di Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengumuman penting Bella Astillah buat peminat berdebar, rupanya gimik pelancaran konsert bersama 6 penyanyi asal Sabah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sering muncul bersama dalam video live, Adira perjelas fitnah bersekedudukan dengan bekas suami Tambah adik kepada penyanyi Bella Astillah ini, dalam usia kini dia hanya meneruskan bidang nyanyian disebabkan minat dan tidak lagi mengejar populariti. Dalam masa sama, dia juga berharap penglibatannya dalam program Famili Duo musim keempat (FD4) yang bakal bersiaran pada 19 Oktober ini dapat membantu menambah keyakinan dirinya. Apabila usia semakin meningkat, tiba-tiba perasaan introvert itu datang DIDI ASTILLAH PENYANYI "Bila sidang media program berkenaan baru-baru ini dan saya perlu menyanyi seorang diri depan penonton, saya rasa okey sahaja. Cuma perlu perlahan-lahan untuk biasakan diri. Program itu ada banyak minggu dan mungkin saya akan jadi lebih baik. "Dari kecil saya sudah berada dalam industri ini. Kalau boleh saya nak buat sesuatu yang berbeza. Sekarang ini saya terus menyanyi hanya sebab minat dan bukan atas dasar populariti," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Didi dan Bella bakal bergabung dengan lima lagi penyanyi wanita asal Sabah lain dalam konsert A Night With Sumandak Stars yang dijangka berlangsung pada 30 November. Wani (kiri), Bella, Adira dan Didi bakal bergabung dalam satu konsert. Konsert yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur ini merupakan gabungan pertama kali mereka yang akan mengetengahkan budaya masyarakat Sabah. Penyanyi lain yang akan terlibat adalah Marsha Milan, Stacy, Adira, Nikky Palikat dan Wani Kayrie. Tiket boleh dibeli secara atas talian di www.ticket2u.com.my. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!