suria

“Saya ada isteri baik dan cantik” - Shahz Jaszle dah minta izin sebelum lakon aksi daring dalam ‘Senyawa’

Isteri menginzinkan Shanz berlakong adegan panas dengan pelakon wanita lain.

MELAKONKAN adegan daring atau intim dalam drama Senyawa, pelakon Shahz Jaszle berkata dia sudah mendapatkan keizinan isterinya sebelum beraksi dalam babak berkenaan.

Kata Shahz atau Muhammad Sharizal Jaszle Jasmin, 37, isterinya iaitu Nur Hanis Husna Mohd Nadzree sudah dimaklumkan lebih awal mengenai babak tersebut selepas menerima tawaran daripada produksi.

"Pihak penerbit awal-awal lagi dah tanya sekiranya isteri saya benarkan saya melakonkan adegan daring dan dia cakap okay saja.

Copy of Untitled - 2024-10-16T191733.288

Shahz semakin bersemangat untuk berkerja apabila diberi kepercayaan oleh isterinya.

"Skrip drama pun awal-awal lagi penerbit beri kepada isteri saya dulu, tunggu dia yang terima tawaran itu atau pun tidak," katanya kepada mStar.

Shaz mengulas perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri IQIYI berjudul Senyawa yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Shaz memberitahu dia memilih untuk terus pulang ke rumah sebaik pengambaran selesai bagi mengelakkan timbul perkara tidak diingini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 tahun, Shahz Jaszle dan isteri timang anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi mesra Emma Maembong dan Shah Jaszle siap bertepuk punggung undang kecaman... Michael Ang tak tahu video dah tular!

Bagi Shahz, kepercayaan yang diberikan isteri memotivasikan dirinya untuk berkerjas lebih keras mencari nafkah buat keluarga.

"Isteri saya tahu yang saya setiap kali habis pengambaran terus balik rumah sebab anak pun ada, jadi tak adalah saya nak melencong ke tempat lain.

"Kehidupan pun berubah. Bila dia buat macam tu semangat nak cari nafkah itu semakin bertambah sebenarnya," ujarnya.

Skrip drama pun awal-awal lagi penerbit beri kepada isteri saya dulu.

SHAHZ JAZLE

PELAKON

Sentiasa didampingi pelakon cantik, Shahz bagaimanapun berkata tiada wanita dalam dunia yang mampu menandingi isterinya itu.

"Kadang-kadang orang cakap bila berlakon dengan pelakon cantik-cantik tak tergugat ke?

"Bagi saya, saya ada isteri yang baik dan cantik dan tambahan bonus dia boleh jaga anak dan boleh urus semua perkara. Saya hargai dia,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shahz tampil menerusi drama bersiri Senyawa yang akan bersiaran pada 25 Oktober di platform penstriman IQIYI.

Copy of Untitled - 2024-10-16T190948.867

Shahz tampil dengan drama terbaharu Senyawa.

Drama ini mengisahkan tentang Iskandar yang menentang perbuatan isterinya Zabrina, menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan cahaya mata.

Selain Shahz, drama ini juga menampilkan barisan pelakon Trisha Ooi, Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Datin Juren dan Liang Chia.

Untuk rekod, Shahz mendirikan rumah tanggan Bersama Hanis pada 1 Mei 2015 dan turut dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alana Jasmeen, 9, Ayden Jasreen, 7, dan Aurora, 4 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain