PELAKON Hun Haqeem tidak pernah memikirkan soal bayaran dalam menerima tawaran kerja meskipun baru sahaja memenangi trofi Aktor TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36. Menurut Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 26, berkata perkara itu sama sekali tidak mempengaruhi dirinya untuk meletakkan harga kerana fokus utamanya adalah mahu memberikan yang terbaik dalam setiap karya lakonan. "Saya rasa nilai saya sama sahaja. Sama ada menang ABP atau tidak, saya sentiasa mahu berikan yang terbaik dalam karya serta lakonan. Hun ketika ditemui media. "Soal harga, itu bergantung kepada tawaran yang diberikan atau 'offer'. Terpulang kepada pihak yang memberi tawaran," katanya kepada mStar. Hun memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media drama bersiri terbitan VIU iaitu From Saga With Love musim kedua yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur pada Rabu. Malah kata aktor itu, dia tidak boleh mengawal pandangan segelintir pihak yang berpendapat bayarannya akan meningkat naik selepas memenangi anugerah berkenaan. Malah, Hun turut berjanji akan memberikan komitmen penuh berbaloi dengan jumlah bayaran yang diterima. ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem buat lagak ngeri sendiri, guna ‘stunt double’ jika aksi terlalu bahaya ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hun Haqeem terkejut David Teo dedah kes saman kepada umum, tak mahu simpan dendam "Berkenaan skeptikal bayaran akan mahal selepas menang, orang boleh berfikir begitu. Saya akan pastikan lakonan berbaloi dengan bayaran. "Apabila saya sudah bersetuju menerima tawaran, segalanya saya akan serahkan termasuk 'my soul'. Itu yang saya janjikan. Orang yang sudah bekerjasama dengan saya tahu bagaimana saya berikan komitmen terhadap kerja," ujarnya. Berkongsi perkembangan kerjaya seni, Hun memaklumkan tahun 2025 bakal menjadi tahun yang mencabar dan menarik. "Insya-Allah tahun depan akan menjadi tahun yang indah dan menarik untuk saya. Di mana ada karya yang bagus, di situ saya akan berada. Saya rasa nilai saya sama sahaja sama ada menang ABP atau tidak. HUN HAQEEM PELAKON "Saya juga akan ke terbang ke Jepun untuk acara opening store Levi's. Kemudian saya akan mula mempromosikan filem Game Of Life," tuturnya. Dalam pada itu, Hun meluahkan rasa gembira dapat membintangi drama From Saga With Love 2 yang menjalani penggambaran di dua negara iaitu Malaysia dan Jepun. Membawa watak Hadri, Hun berkata penggambaran berjalan lancar memandangkan dia mempunyai 'chemistry' yang bagus dengan pelakon lain termasuklah rakan-rakan produksi. Barisan pelakon From Saga With Love 2. "Saya sangat seronok. Walaupun agak tertekan, tapi ia dalam situasi yang sihat sebab pelakon banyak membantu dan 'chemistry' kami pun sangat bagus. Produksi pun sangat bagus," ujarnya. Selain Hun, pelakon yang turut menjayakan siri tersebut adalah Ikmal Amry, Siti Khadijah Halim, Fimie Don dan Sophia Albarakbah. Drama bersiri komedi romantik 10 episod itu berlangsung setiap Khamis mulai 17 Oktober di platform Viu. Pada 11 Oktober lalu, Hun dinobatkan sebagai pemenang trofi kategori Aktor TV Popular di ABPBH36 sekali gus menewaskan empat pencabar lain iaitu Meerqeen, Aedy Ashraf, Amir Ahnaff dan Redza Rosli. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube