SELEPAS perkongsian video pergaduhannya dengan Qistina Raisah hangat diperkatakan netizen, pelakon Arnie Shasha akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung konflik berkenaan. Mengakui pergaduhan itu hanya gimik semata-mata, Arnie, 19, berkata 'drama' itu sengaja dicipta sempena pelancaran lagu baharu nyanyiannya berjudul Lepak. “Gaduh itu hanya gimik saja... Saya terima apa sahaja orang nak cakap, saya harap dorang terima saya juga. Video pergaduhan Arnie dan Qistina yang tular. “Kalau perkara ini menyebabkan ada yang tidak menerima saya, tak mengapa tetapi saya tetap teruskan dengan karier lakonan dan nyanyian,” katanya kepada mStar. Arnie Shasha ditemui semasa pelancaran lagu berkenaan yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis Menyedari tindakannya itu mengundang kemarahan netizen, Arnie dengan rendah diri memohon maaf atas gimik yang dilakukan oleh mereka itu. ARTIKEL BERKAITAN: Gaduh hal perempuan... Arnie Shasha bengang Qistina Raisah cerita buruk, dah setahun sabar ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dedah kisah sebenar pergaduhan... Kesal sikap biadab Qistina Raisah curah air ke muka Arnie Shasha “Saya mohon maaf sebab saya dah banyak tipu netizen dan orang-orang luar dan saya pun tak sangka video itu menjadi sangat viral,” ujarnya. Dalam pada itu, Arnie berkata dia sengaja mencipta gimik tersebut bagi menyedarkan orang ramai mengenai betapa pentingnya hubungan persahabatan. Malah dalam Lepak juga Arnie berkongsi realiti sebenar yang berlaku dalam hidupnya. Tapi saya mohon jangan kecam Qistina kerana secara hakikatnya dia seorang yang baik ARNIE SHASHA PELAKON/PENYANYI Sementara itu, Arnie turut meminta supaya orang ramai tidak mengecam Qistina Raisah kerana dia hanya membantu menjayakan gimik tersebut. “Sebelum merancang gimik ini kita dah berbincang dengan Qistina dan dia juga bersetuju dan boleh memberikan komitmen dan kerjasama yang baik selain sangat profesional. “Tapi saya mohon jangan kecam Qistina kerana secara hakikatnya dia seorang yang baik,” ujarnya. Qistina hadir memberi sokongan buat Arnie. Dalam pada itu, Qistina pula berkata dia tidak menyangka pengikut di TikTok miliknya bertambah sebanyak 15,000 sejak video dia menyimbah air ke muka rakannya itu tular. “Pengikut saya di TikTok meningkat sejak video simbah air tu viral. Lagi 4,000 nak cecah sejuta. Saya lihat bertambah dalam 15,000. Memang ‘love’. “Mungkin netizen berkampung sebab mereka nak tahu perkembangan kes tersebut," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!