suria

Manis senyuman Ruhainies dapat sejambak bunga selepas pulang mahkamah

Gembira Ruhainies menerima jambangan bunga.

ENGGAN mengulas tentang perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, pelakon Ruhainies bagaimanapun dilihat tetap berkongsi perkembangan terkini dirinya di media sosial.

Menerusi hantaran terbaharu di muat naik di Instastory, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zaibul Illyas, 31, meluahkan rasa gembira apabila menerima sejambang bunga selepas selesai perbicaraan kes khalwat membabitkan dirinya dengan aktor Aliff Aziz.

Dia yang masih mengenakan pakaian sama iaitu jubah berwarna merah jambu ketika hadir ke mahkamah terlihat tersenyum manis memegang jambangan bunga yang diterima daripada seseorang yang tidak didedahkan identiti.

2968834

Aliff dan Ruhainies ketika tiba di mahkamah.

"Pulang ke rumah untuk ini (bunga)," tulisnya ringkas.

Sebelum itu, Ruhainies hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes khalwat melibatkan dirinya bersama Aliff.

Dalam perbicaraan itu Hakim Syarie, Abud Suffian Abu Yaziz menetapkan ia ditangguhkan pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies ditangguh tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Aliff Aziz dan Ruhainies kunci mulut selepas prosiding kes khalwat, ini penjelasan peguam

Keputusan tersebut dibuta selepas penjamin kes tersebut sebelum ini menarik diri.

Ruhainies dan Aliff ketika ditemui media enggan memberi sebarang komen biarpun diasak pelbagai soalan.

Malah kedua-duanya berlalu pergi tanpa memberi sepatah dua kata tidak seperti sebutan kes pada Julai lalu.

553 (7)

Kedua-dua mereka enggan memberi sebarang komen berhubung perbicaraan mahkamah.

Peguam yang mewakili mereka memaklumkan Aliff dan Ruhainies enggan memberi sebarang kenyataan memandangkan kes tersebut masih berjalan.

Kedua-dua memilih langkah berdiam untuk tidak keruhkan keadaan.

Pada prosiding 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim dan minta dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain