suria

“Ikut niat! Kalau nak belanja, belanja” - Naim Daniel pandang positif pelakon ‘show off’ badan sasa, boleh jadi inspirasi

Fasa Naim tayang badan di media sosial sudah berlalu.

PELAKON dan penyanyi Naim Daniel tiada masalah dengan trend pelakon muda lelaki menunjukkan badan sasa mereka sebagai content atau pengisian kandungan di media sosial.

Berbalik kepada niat, Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, bagaimanapun berkata mereka juga perlu menunjukkan pencapaian dan bukan sekadar mempamerkan otot badan semata-mata.

"Mungkin itu yang peminat mereka mahukan, tapi saya rasa seseorang artis itu kena tahu siapa sasaran khalayak mereka.

size NP 1 - 2024-10-16T162210.752

Naim tiada masalah dengan trend artis lelaki suka tayang badan.

"Sebab sekarang bukan sahaja imej di luar tapi imej di media sosial pun nak kena jaga.

"Ikut niat kot, kalau nak belanja, belanja. Apapun kena pastikan popular sebab apa? Bukan sekadar tayang badan tapi kena ada pencapaian sekali," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Naim berkata trend tersebut ada bagusnya kerana boleh menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk menjaga kesihatan tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis senior perlu bagi sokongan kepada bakat baharu, tak salah berangan menang Oscar

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara nasihat jangan melampau boikot artis, Naim Daniel terima komen kesat sampai ibu bapa pun diugut

Malah tambah Naim, dia berpendapat mereka yang bekerja dalam bidang seni juga perlu mempunyai fizikal yang sihat.

"Trend tu bagus macam ada artis mula buat aktiviti berlari, saya sokong sangat sebab saya sendiri rasa terinspirasi untuk berlari.

"Saya juga rasa perlu untuk seorang pelakon atau penghibur itu ada badan yang sihat," ujarnya.

Apapun kena pastikan popular sebab apa? bukan sekadar tayang badan tapi kena ada pencapaian sekali.

NAIM DANIEL

PELAKON DAN PENYANYI

Sementara itu, Naim memberitahu zaman dia menayangkan tubuh seperti dahulu sudah berlalu.

"Ada je kadang-kadang tunjuk badan di Instastory tapi IG saya sekarang pun lebih kepada nak nampak tenang.

"Mungkin sebab dah pernah lalui fasa tayang badan dan sekarang banyak kongsi hal kerja sahaja.

size NP 1 - 2024-10-16T162301.067

Bagi Naim seorang penghibur perlu ada fizikal yang sihat.

"Tapi untuk tunjuk sikit-sikit kat Instastory tu kadang-kadang sahaja," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Naim merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri Project: Exit yang akan menemui penonton pada 1 November depan.

Selain Naim, pelakon lain yang terlibat dalam naskhah berkenaan ialah Mierul Aiman, Shasha Abedul, Kimberly Chuah, Nabila Huda dan Farah Ahmad.

Drama ini akan bersiaran setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi platform penstriman Astro Go dan Sooka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain