PERTAMA kali dalam sejarah, stesen radio Suria FM mengumumkan kerjasama bersama pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) sebagai rakan radio rasmi. Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra disapa DJ Lin, stesen berkenaan berbesar hati apabila diberi kepercayaan untuk menjalinkan kerjasama dan menjadi sebahagian daripada tulang belakang PDRM FC. "Suria FM berasa amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi radio rasmi PDRM FC. DJ Lin berkongsi perkara itu ketik ditemui di sidang media pengumuman kolaborasi bersama PDRM FC. "Kami percaya bahawa kerjasama ini bukan sahaja mampu meningkatkan visibiliti PDRM FC, tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara peminat bola sepak tempatan dengan pasukan ini," katanya. Dalam pada itu, DJ Lin menyifatkan kolaborasi ini bertepatan dengan pendirian Suria FM untuk meraikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa mahupun negeri kelahiran. Malah, dia melihat usaha ini sebagai peluang untuk meningkatkan jumlah pendenagar Suria FM dalam kalangan pencinta bola. ARTIKEL BERKAITAN: Jelajah Suria Kuasa 2 di Nilai meriah dihadiri 10,000 pengunjung, Kelantan lokasi terakhir ARTIKEL BERKAITAN: Jelajah Suria FM perkenalkan nama Ayish Malkan, sorakan peminat dorong jadi penyanyi "PDRM FC ini tidak mewakili satu negeri sahaja, ia sesuai dengan konsep pendengar kami yang rata-rata dari pelbagai pelosok negeri dalam Malaysia. Saya rasa macam jodoh. "Banyak potensi kita boleh kembangkan melalui kerjasama ini. Dan ia juga Diharap ia dapat menyumbang kepada jumlah pendengar baru Suria FM dan pada masa yang sama penyokong PDRM FC," ujarnya. Sementara itu, Suria FM turut komited mempromosikan jenama PDRM FC di setiap platform mereka termasuk siaran radio secara langsung, liputan menyeluruh di secara digital, serta lintas langsung menerusi Suria Wheels di lokasi terpilih. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!