suria

Nora Danish tak pandang harta tapi tertarik perwatakan bekas suami... “Satu sen pun tak minta duit mereka”

Apa yang menarik minat Nora untuk berkahwin kerana perwatakan bekas suaminya.

PELAKON Nora Danish mengakui status dan kekayaan yang dimiliki oleh kedua-dua bekas suaminya membuatkan ramai pihak beranggapan dia merupakan seorang wanita materialistik.

Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, bagaimanapun menegaskan dia tidak pernah memandang harta benda sebaliknya meletakkan perwatakan sebagai kriteria utama dalam memilih calon suami.

"Bila tengok perjalanan hidup saya nampak macam memang betul saya memilih status dan juga sesuatu sebab tengoklah siapa bekas suami pertama dan kedua saya.

"Tetapi kalau tengok sebelum saya berkahwin, teman lelaki saya semua orang biasa. Cuma kerana perwatakan mereka (bekas suami) yang buat saya tertarik.

Copy of Untitled - 2024-10-16T114335.401

Nora berkongsi perkara itu menerusi temu bual Richman podcast.

"Malah kedua-dua bekas suami saya yang ajak saya kahwin, bukan saya. Saya tak pernah ada kriteria untuk memilih, tak ada... dia datang sendiri," katanya.

Nora berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual Richman podcast bersama pelakon Neelofa dan Natasha M Ozeir yang dimuat naik di Instagram.

Dalam kapsyen video berkenaan, turut diperjelaskan program itu dirakam pada Julai lalu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak atau isu semasa.

Dalam pada itu, Nora memberitahu dia juga tidak pernah mengharapkan wang daripada bekas suami sepanjang perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 7 tahun berakhir, Nora Danish dan Nedim bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ramai cuba dekat selepas berhijab tapi Nora Danish mahu fokus baiki diri

Malah, Nora berkata dia lebih selesa berbelanja menggunakan duit daripada hasil titik peluhnya sendiri.

"Kedua-dua bekas suami saya pun boleh setuju yang saya satu sen pun tak pernah minta duit mereka.

"Dari kecil ibu saya ajar saya untuk jangan minta duit orang. Saya suka manjakan diri dengan duit saya sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Nora memgakui dia tidak pernah melihat kehidupan perkahwinan yang bahagia memandangkan dia dibesarkan sendirian oleh ibu sejak pemergian bapa.

Copy of Untitled - 2024-10-16T114437.485

Nora tidak pernah mengharapkan wang daripada bekas suaminya.

"Tak pernah tengok kehidupan perkahwinan yang bahagia sebab ayah saya meninggal sejak saya kecil dan saya dibesarkan oleh ibu sendirian. Jadi saya tak tahu macam mana layanan suami isteri yang betul.

"Saya tak cakap saya isteri yang baik, jauh sekali. Tetapi kalau saya belajar lebih, saya mungkin dapat menguruskan perkahwinan dengan baik," jelasnya.

Untuk rekod, Nora berkahwin dengan Nedim Nazari pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6, namun bercereai pada 19 Jun 2024.

Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, namun bercerai pada 2008.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia