suria

Beg berisi wang hilang semasa kemalangan, isteri Azlan Komeng rayu pulangkan semula... Terpaksa jual barang kemas tampung pembedahan suami

Nilam dan Azlan kehilangan wang bernilai hampir RM10,000 ketika terlibat dalam kemalangan itu.

BAGAI sudah jatuh ditimpa tangga, pelakon Azlan Komeng kehilangan wang bernilai hampir RM10,000 ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lipis, Pahang pada Jumaat lalu.

Isteri kepada Azlan iaitu Nur Nilam Ortiz memberitahu mereka mula menyedari ketiadaan wang berkenaan selepas mahu membayar kos perubatan suaminya.

Menurut Nilam, mereka tidak menemui beg hitam mengisi wang berkenaan dalam kenderaan tersebut dan pihak polis juga tidak dapat mengesan barang hilang itu.

Copy of Untitled - 2024-10-16T131906.279

Azlan sebelum ini berkongsi berkenaan kehilangan wang menerusi hantaran di TikTok.

"Kalau dikira jumlah hampir RM10,000 kami hilang. Duit itu diletakkan dalam bag berwarna hitam.

"Dalam keadaan cemas itu memang saya dah tak fikir duit itu langsung, kami teringat duit itu lepas kami nak bayar banyak benda, terus kami menggelabah lepas dapat tahu duit itu dah tiada.

"Selepas kemalangan kereta saya masih berada di Balai Polis Kuala Lipis, tetapi adik dan kawan-kawan saya pergi periksa kereta itu memang ia kosong.

"Tanya polis masa kejadian itu pun mereka kata mereka hanya ambil barang-barang kami tanpa periksa pun isinya," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng tunai janji sebagai suami, kemalangan ngeri jawab semua persoalan terbuku di hati isteri

ARTIKEL BERKAITAN: 50 peratus kulit dan tisu tangan kanan Azlan Komeng dibuang, bakal jalani pembedahan pinggul patah

Enggan bersangka buruk, Nilam memberitahu dia beranggapan duit tersebut berkemungkinan tercampak keluar daripada kereta ketika kemlangan berlaku.

Malah, dia tidak mengesyaki sesiapa pun namun berharap agar wang tersebut dikembalikan kepadanya secepat mungkin.

"Saya syak mungkin tercampak keluar, dan saya bersangka baik mungkin orang terambil dan mereka tak tahu pun itu kepunyaan kami.

"Saya tak syak sesiapa, bila berlaku kemalangan saya pun tak tahu tangan siapa yang terambil dan mata siapa yang tertengok dulu.

Kalau dikira jumlah hampir RM10,000 kami hilang.

NUR NILAM ORTIZ

ISTERI AZLAN KOMENG

"Saya berharap Allah buka pintu hati mereka untuk pulangkan balik duit itu, itu sajalah saya harapkan," ujarnya.

Dalam nada sedih, Nilam turut memberitahu wang berkenaan mahu digunakan untuk menampung perbelajaan kos pembedahan suaminya yang mencecah hampir RM40,000.

"Sebab duit itu satu-satunya wang yang kami ada sekarang. Duit simpanan kami pun tak mencukupi untuk membayar kos pembedahan abang Azlan yang tinggi sampai RM40,000 juga.

2961993

Nilam terpaksa menjual barang kemas untuk menampung pembedahan kos pembedahan Azlan.

"Buat masa ini saya terpaksa jual apa yang ada macam barang kemas untuk menampung banyak benda. Saya pun banyak tolak tawaran kerja begitu abang Azlan," kongsinya.

Pada Jumaat lalu, Azlan dan Nilam terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang apabila keretanya bertembung dengan sebuah trak polis.

Susulan itu, Azlan menjalani pembedahan tangah kanan dan mengalami kecederaan lain seperti patah pada bahagian kedua-dua belah kaki serta pinggul manakala Nilam mengalami cedera ringan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain