suria

Hampir sebulan pakai tudung, Shasha Abedul terdetik tutup aurat ketika ‘upload’ foto di IG

Shasha berharap dirinya kekal istiqamah untuk kekal menutup aurat sepenuhnya.

HAMPIR sebulan tampil dengan imej bertudung, pelakon Shasha Abedul terdetik mengubah penampilannya selepas berasa bersalah ketika mahu memuat naik foto tidak menutup aurat di laman sosialnya.

Shasha, 28, berkata, disebabkan perasaan tersebut dia membulatkan hati selain percaya ia adalah petunjuk dalam melakukan perubahan.

“Ia datang sendiri (hidayah), cuma ada satu hari saya bangun hendak memuat naik gambar (tak bertudung) di IG tapi rasa bersalah.

NP-255

Shasha sudah berhijab sepenuhnya hampir sebulan.

“Bila dah buat keputusan nak pakai tudung saya tak mahu lengahkan sebab saya tak tahu jika perasaan sebegitu akan datang lagi atau tidak,” katanya kepada mStar.

Shasha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Project: Exit di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Shasha memberitahu dia sebenarnya sudah lama memasang niat menutup aurat dengan sempurna.

Hasrat itu sering tertangguh kerana enggan perubahan dilakukan tidak sepenuh hati dan akan kembali kepada imej asal.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak ‘job’ sepanjang Ramadan... Shasha Abedul tunai umrah, berpuasa dan sambut Syawal di Tanah Suci

ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut IG tak ramai tapi Shasha Abedul dapat jadi heroin... dituduh guna orang dalam!

“Saya memang dah lama pasang niat, tapi saya jenis orang yang tidak mahu buat satu perkara setengah jalan.

“Jadi saya pergi kelas agama dan fahamkan kenapa perlu tutup aurat, untuk siapa aurat kita.

“Saya tak mahu buat untuk mendapat pujian orang, apa saya lakukan sekarang adalah ikut perintah Allah SWT,” katanya.

Bercerita lanjut tentang perubahan dilakukan, Shasha menyifatkan dia seperti mati hidup semula dan merasakan dirinya seperti insan baharu.

Satu hari saya bangun hendak memuat naik gambar (tak bertudung) di IG tapi rasa bersalah.

SHASHA ABEDUL

PELAKON

Pelakon drama Projek: High Council itu juga sukar mengungkapkan dengan kata-kata tentang keputusan dibuat dan berdoa Allah tidak membolak-balikkan hatinya untuk kekal istiqamah dan mengikut perintah-Nya.

“Alhamdulillah (kekal istiqamah), saya berharap sangat Allah tak hilangkan rasa itu,” ujarnya.

Pada akhir September lalu, Shasha mengejutkan peminat apabila memuat naik foto dia mengenakan hijab dan memadam gambar-gambar menampakkan aurat di Instagram miliknya.

NP-256

Barisan pelakon drama bersiri Project: Exit.

Dalam perkembangan lain, Shasha akan tampil dengan drama bersiri Project: Exit yang akan menemui penonton pada 1 November depan.

Selain Shasha, pelakon lain yang terlibat dalam naskhah berkenaan ialah Mierul Aiman, Naim Daniel, Kimberly Chuah, Nabila Huda dan Farah Ahmad.

Drama Project: Exit akan bersiaran setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi platform penstriman Astro Go dan Sooka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia