suria

Kes artis cerai tak buat Azira Shafinaz takut kahwin, anggap dugaan setiap pasangan berbeza

Kes cerai artis tak gugat Azira tamatkan zaman bujang, mohon doa peminat permudahkan urusan kahwin suatu hari nanti.

BERITA penceraian artis sama sekali tidak membuatkan hati pelakon Azira Shafinaz berasa gusar untuk mendirikan rumah tangga.

Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 33, berkata, setiap pasangan mempunyai dugaan tersendiri dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri.

"Tidak terganggu ataupun beri kesan kepada saya (isu penceraian artis). Setiap orang melalui bermacam kesukaran hidup.

size NP 1 - 2024-10-15T182344.420

Kes cerai artis tak risaukan Azira tamatkan zaman bujang.

"Saya sendiri tidak ambil perkara tersebut sebagai satu benda yang boleh menakutkan saya untuk ke alam perkahwinan.

"Bagi saya, cuma doakan semoga saya cepat kahwin," katanya kepada kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Azira memberitahu dia belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat namun sudah bersedia bergelar isteri jika sudah tiba masanya.

Tambah pelakon filem Sheriff itu, ketika ini dia cuma mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada kariernya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan susut bukan sebab kecewa, Azira Shafinaz masih bahagia selepas 12 tahun menyulam cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Azira Shafinaz perjelas salah faham menang pelakon komedi terbaik... Sekarang tidur pun sambil peluk trofi

"Buat masa ini belum lagi (perancangan kahwin). Doakan untuk saya sebab saya memang dah bersedia.

"Kalau nak kata berbincang, memang dah lama memperincikan hal ini tetapi kalau ada, ada lah.

"Buat masa sekarang saya tumpukan sahaja kepada diri sendiri dan karier. Apa-apa akan didedahkan nanti kalau sudah tiba masanya," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Azira pernah memaklumkan dia menunggu masa paling tepat untuk bergelar isteri kepada seorang lelaki yang dikenalinya sejak 12 tahun lalu.

size NP 1 - 2024-10-15T182316.551

Azira fokus karier buat masa sekarang.

Dalam perkembangan lain, Azira bakal muncul dengan drama One Cent Thief 2 sebanyak lapan episod.

Selain Azira, pelakon lain yang turut membintangi drama berkenaan ialah pelakon Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Sofea Jane, Trisha Ooi dan Syarul Ezani.

Drama berkenaan dijangka menemui penonton pada Januari 2025 menerusi platform digital Astro Go, On Demand dan Astro Premier.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain