PENYANYI Adira menyangkal fitnah kononnya dia bersekedudukan dengan bekas suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu walaupun sudah bercerai April lalu. Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, sebaliknya menjelaskan Adnan kerap muncul dalam video siaran langsungnya semata-mata membantu jualan perniagaan diusahakan mereka. Malah jelas Adira, sekiranya Adnan atau Datuk Red datang ke rumah kebiasaannya akan ada orang lain dan bukannya berdua-duaan. Adira dan Adnan saling menyokong perniagaan masing-masing. "Saya masih ibu tunggal dan kami tidak duduk serumah! "Kalau live bersama pun akan ada orang lain. Dalam rumah saya ada 16 orang semuanya! Jangan risau selamat. "Saya faham orang akan bercakap tetapi niat saya hanya membantu jualan sahaja atau muncul sekejap bila dia datang ke rumah jumpa anak-anak... Kena tengok live saya dari awal sampai akhir baru faham," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red sarung cincin sekadar gimik, Adira tiada niat permain soal perkahwinan dan perceraian ARTIKEL BERKAITAN: Hati Adira berbunga-bunga, terbuka beri peluang kedua selepas lihat kegigihan Datuk Red Adira menjelaskan perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media konsert A Night With Sumandak Stars yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, Adira menjelaskan dia dan Adnan memilih meneruskan hubungan baik demi anak-anak mereka. Malah kata Adira, dia juga meletakkan soal jodoh dengan Adnan di tangan Allah namun tidak terlalu memikirkan perkara tersebut. Saya masih ibu tunggal dan kami tidak duduk serumah ADIRA PENYANYI "Kami memilih untuk tetap teruskan hubungan baik sebab banyak perkara yang tak perlu saya ceritakan dan demi anak-anak. "Jika ada jodoh maka adalah... Jika tiada pun tidak mengapa," katanya. Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan sah bercerai pada 24 April lalu. Adira tidak mahu terlalu memikirkan soal kembali bertemu jodoh. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun. Dalam perkembangan lain, Adira tidak mengambil masa lama memberi kata setuju berkongsi pentas dengan rakan-rakan asal Sabah iaitu Marsha Milan, Stacy, Nikki Palikat, Bella Astillah, Wani Kayrie dan Didi Astillah. Menjanjikan persembahan terbaik, Adira memberitahu mereka juga akan membuat kejutan bersempena gabungan pertama di atas pentas A Night With Sumandak Stars. Gabungan penyanyi di konsert A Night With Sumandak Stars. "Ini adalah peluang yang patut saya ambil sebab itu saya sudah 'block' awal-awal tarikh diberikan. Kami akan berbincang tentang apa perlu diketengahkan nanti," jelasnya. Konsert berkenaan bakal berlangsung pada 30 November bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Pembelian tiket boleh dibuat di laman web www.ticket2u.com.my. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube