suria

[V] Pengumuman penting Bella Astillah buat peminat berdebar, rupanya gimik pelancaran konsert bersama 6 penyanyi asal Sabah

PERKONGSIAN pelakon dan penyanyi Bella Astillah di Instagram miliknya pada petang Isnin menimbulkan tanda tanya apabila memberitahu bakal membuat pengumuman penting.

Menjelaskan hal tersebut, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata ia hanya sekadar gimik pelancaran konsert A Night With Sumandak Stars yang bakal berlangsung pada 30 November depan.

“Itu hanya gimik. Saya tak pernah buat macam itu tapi atas persetujuan keluarga dan penganjur saya buat,” katanya kepada mStar.

size NP 1 - 2024-10-15T173909.093

Bella terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars November depan.

Bella menjawab perkara itu dalam sidang media konsert berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dia sebelum itu memuat naik satu hantaran di Instagram memberitahu bakal membuat pengumuman dan berharap peminat dapat menerima keputusan yang dibuat dengan baik.

Walaupun tidak memberi sebarang gambaran, ramai mengaitkan ia ada kaitan dengan bekas suaminya iaitu pelakon Aliff Aziz.

Malah meninjau ruangan komen ada juga yang meluahkan kebimbangan mereka bakal kembali bersama selepas sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu soal hukum” - Bella Astillah jawab sindiran bekas ibu mentua, sehingga sekarang tiada kata maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob jujur dengan isteri, tidak berahsia kalau ada perempuan ajak keluar... “Tak semua penyondol salah”

“Semakin ramai yang komen tentang kisah silam buat saya berdebar juga. Kalau anda takut, saya lebih takut.

“Kalau orang komen sebegitu (berbaik) saya minta dijauhkan. Saya nak fokus untuk kerja dan anak-anak.

“Apabila membaca komen bermakna ramai yang sayang dan ambil berat,” ujarnya.

Bella dan Aliff bercerai pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mereka hidup bersama.

size NP 1 - 2024-10-15T173724.346

Hantaran Bella di IG sekadar gimik konsert.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun.

Sementara itu bercakap tentang konsert berkenaan, Bella meluahkan rasa syukur apabila berpeluang berkongsi pentas dengan rakan penyanyi wanita yang juga berasal dari Sabah.

Selain Bella artis lain yang terlibat adalah Marsha Milan, Stacy, Nikky Palikat, Wani Kayrie, Adira Suhaimi dan Didi Astillah.

Konsert berkenaan akan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur dan tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain