SETIAP kali musim hujan, penyampai radio Sharifah Shahirah tak lena tidur memikirkan kemungkinan berlaku tanah runtuh di kawasan perumahannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Bagaimanapun kata Shahirah atau mesra disapa Shiera, 50, dalam keadaan berjaga-jaga dia hanya mampu reda dan berserah jika terjadi sebarang bencana. "Nak kata kemas barang-barang sebagai langkah berjaga-jaga, tidak juga. Hanya mampu reda dan pasrah sahaja terhadap sebarang kemungkinan. Situasi tanah runtuh yang berlaku berdekatan rumah Shiera. "Tapi setiap kali musim hujan mulalah tak lena tidur sebab senang berlaku banjir kilat dan tanah runtuh dekat sini,' katanya ketika dihubungi mStar. Shiera berkongsi perkara itu selepas berkongsi video kejadian tanah runtuh di sebuah bukit yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya. Hujan lebat melanda di sekitar kawasan Lembah Klang sejak pukul 7 pagi Selasa menyebabkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan. ARTIKEL BERKAITAN: Hujan lebat akibatkan banjir kilat di KL ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup ambil job ditolak artis lain, Sharifah Shahirah pernah jadi pelakon alih suara ‘Maria Mercedes’ Tambah Shiera kekerapan kejadian ini berlaku mungkin disebabkan faktor projek pembangunan yang sedang berjalan di kawasan tersebut. "Sekarang ini memang banyak pembangunan termasuk di kawasan atas bukit itu. Kita pun tidak boleh nak hentikan," ujarnya. Dalam masa sama, dia juga berharap agar hujan lebat tidak berterusan sepanjang hari sehingga boleh mengakibatkan bencana lebih serius. Shiera nasihat orang ramai berhati-hati. Shiera juga sempat berkongsi nasihat kepada orang ramai supaya lebih peka dan berhati-hati. "Kalau hujan lebat memang saya tidak boleh bersiaran di radio hari ini. Sekarang masih okey dan laluan saya tidak terjejas. "Kepada semua ibu bapa harap lebih peka dan berhati-hati menjaga anak ketika ini," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!