DILIHAT jarang ke lokasi penggambaran, pelakon Hafidz Roshdi memberitahu dia kini cuba beralih bidang ke dunia belakang tabir. Kata Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, dia masih berminat untuk berlakon sekiranya diberi tawaran. "Syukur dengan kehidupan sekarang. Saya ada hadiri beberapa temuduga kerja. Masih dalam bidang seni tetapi kerja di belakang tabir. Nanti saya akan beritahu. Hafidz kin cari peluang kerja belakang tabir. "Saya masih mahu berlakon. Kalau ada tawaran saya nak berlakon lagi," katanya kepada mStar. Hafidz berkongsi perkara tersebut di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada Isnin. Dia hadir bagi perbicaraan kes pukul melibatkan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada. ARTIKEL BERKAITAN: Kes pukul bekas isteri Hafidz Roshdi diteruskan, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada akan hadir bicara kes pukul, tak bawa anak-anak pulang dari Australia Sudah beberapa kali turun naik mahkamah berkaitan kes tersebut selain penceraian bersama Shuhada sebelum ini, Hafidz tetap memilih tidak memberi sebarang komen apabila ditanya tentang prosiding yang berlansung. Malah jawapan 'no comment' bagaikan sudah melekat dalam dirinya setiap kali diminta mengulas tentang perbicaraan mahkamah. Saya masih mahu berlakon. Kalau ada tawaran saya nak berlakon lagi HAFIDZ ROSHDI PELAKON "No comment. Tiada apa yang terbuku di hati pun... hanya no comment. Semuanya kita akur pada mahkamah," ujarnya. Dalam prosiding yang berlangsung Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan kes berkenaan dibicarakan pada 20 Januari 2021. Hafidz enggan mengulas tentang perbicaraan kes mahkamah. Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya iaitu Eirene Nabila Amani Williams Hunt memberitahu perbicaraan kes tersebut diteruskan selepas permohonan representasi dibuat tertuduh kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) ditolak. Peguam kepada Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan Shuhada telah menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap aktor berkenaan. Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Shuhada hadir ke perbicaraan kes itu nanti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!