suria

Anak Puteri Sarah dan Syamsul cemerlang dalam peperiksaan, dapat semua ‘A’ termasuk Pendidikan Islam dan Bahasa Mandarin

Sarah bersyukur melihat keputusan cemerlang Syaikhul.

PELAKON Puteri Sarah Liyana bangga apabila anak sulungnya iaitu Syaikhul Islam berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Walaupun ada beberapa subjek tidak mencapai sasaran, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, tetap memuji usaha Syaikhul yang berada di tahun satu.

"Hari ini saya menghadiri hari kad laporan Syaikhul Islam. Alhamdulillah syukur, mama sangat bangga!

Copy of Untitled - 2024-10-14T124556.625

Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di TikTok.

"Semua subjek awak kena dapat lebih daripada 90 peratus. Nanti mama nak jumpa cikgu STEM awak, tapi secara keseluruhan keputusan awak sangat bagus," katanya.

Sarah berkongsi keterujaannya itu menerusi TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian video, Sarah memaklumkan Syaikhul berjaya memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Mandarin.

Malah lebih membanggakan, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu meraih markah penuh 100 peratus untuk subjek Pendidikan Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah ketawa peminat minta kembali kepada Syamsul, tak ambil tahu isu rumah tangga bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof akhirnya pulang jumpa ibu bapa, pertemuan turut disertai Puteri Sarah

Dalam pada itu, Sarah sempat menitipkan pesanan agar anaknya itu terus berusaha agar cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi semua aspek kehidupan.

"Awak kena belajar bersungguh-sungguh, sekali dengan latihan bola sepak juga. Kena jadi anak yang baik, soleh dan dengar cakap mama," ujarnya.

Selain Syaikhul, Sarah juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Sumayyah, 5, hasil perkahwinan dengan pengarah Syamsul Yusof.

Pasangan itu yang berkahwin pada 2014 bagaimanapun bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain