suria

Sunway Lagoon bakal jadi kecoh sempena ‘mStar Birthday Splash’ bersama artis top dan peminat bertuah

Barisan artis yang akan turut serta memeriahkan acara mStar Splash di Sunway Lagoon.

PORTAL hiburan dan gaya hidup yang sentiasa menjadi sebutan orang ramai iaitu mStar bakal meraikan para pembacanya dalam program ‘mStar Birthday Splash’ sempena ulang tahunnya yang ke 19.

Bakal berlangsung di Sunway Lagoon Theme Park, Petaling Jaya, program berkenaan akan diadakan pada 19 Oktober ini sebagai penghargaan buat pembaca yang sentiasa memberi sokongan terhadap portal ini.

Program ini juga secara tidak langsung mampu mengeratkan hubungan di antara team mStar bersama pembaca selain penyertaan artis-artis dan selebriti popular melalui aktiviti luar yang menjanjikan keseronokan dan kenangan indah.

Seramai 100 pembaca bertuah akan menyertai acara ini yang bakal memberi peluang kepada mereka untuk mengenali team mStar dengan lebih dekat selain memahami bagaimana portal ini menyediakan kandungan harian di platform digitalnya.

Belanja makanan percuma-Kuiz dan game-Penyerahan hadiah-Ramah mesra dengan bintang bola sepak dan artis—SHAARI CHEMAT / THESTAR

Program mStar Belanje menjelang perlawanan final Euro 2024 yang diadakan bersama peminat pada 14 Julai lalu, menghimpunkan peminat bola sepak.

Dalam masa sama, mereka juga akan diberi kesempatan untuk beramah mesra dengan artis-artis popular yang selama ini mungkin hanya dapat dilihat dari jauh atau melalui media sosial masing-masing sahaja.

Antara selebriti yang bakal menjanjikan kemeriahan bersama pembaca mStar ialah penyanyi Aisha Retno, Ismail Izzani, The Gadys, Zaki Yamani dan personaliti media sosial Ryan Bakery.

Kesemua selebriti itu nanti akan turut terlibat dalam pelbagai acara yang dirancang khas di taman tema itu nanti bagi menghangatkan suasana bersama peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] 10 juta tonton mStar Baek musim kedua, kolaborasi bersama KPJ mampu ringan derita artis

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Final Euro 2024 bersama mStar meriah, penonton ‘sporting’ rebut hadiah sambil pekena roti canai, teh tarik

Dalam pada itu, Ketua Pengarang Berita mStar, Niezam Abdullah berkata, mStar Birthday Splash ini merupakan acara bersama peminat kedua diadakan selepas tujuh tahun.

Pada 2017 menerusi acara Jom Santai, mStar meraikan peminat dengan penyertaan pelakon Ruhainies dan penyanyi Tajul namun jumlah penyertaannya agak terhad dalam bilangan kecil pembaca sahaja.

Namun katanya, pada tahun ini sempena 19 tahun usia mStar, acaranya lebih meriah apabila kira-kira 100 pembaca bertuah yang selama ini menyokong mStar diberi peluang menyertainya dan memeriahkan suasana.

Jom Santai Mstar events with Ruhainies and Tajul.

Program Jom Santai mStar yang melibatkan artis dan pembanca dianjurkan bersama Ruhainies dan Tajul pada 2017.

“Kami di mStar sudah lama berhasrat untuk meraikan para pembaca dan para artis yang selama ini meyokong kami sehingga mampu menjadi portal hiburan dan gaya hidup nombor satu dengan jumlah paparan halaman hampir 20 juta pembaca sebulan.

“Program ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada pembaca melihat dan beramah mesra dengan team mStar malah dapat merapatkan jurang antara artis dan juga peminat,” katanya.

Tambah Niezam, acara ini juga antara pengisian progaram aktiviti luar kelab peminat mStar Rojer yang dilancarkan beberapa tahun lalu namun ia terhenti sekelika ketika dunia dilanda pandemik Covid 19.

Ujarnya, pihak mStar turut merancang untuk menjadikan acara ini sebagai aktiviti tahunan dan akan memperluaskannya ke loaksi lain dalam usaha memperkukuhkan jenama mStar ke seluruh negara.

Ulang tahun ke 18 mstar dan pelancaran mStar Baek bersama selebriti—SHAARI CHEMAT / THESTAR

mStar tidak lupa memberi bantuan dalam program mStar Baek, antara program melibatkan sepebriti.

“Alhamdulilah selepas tiga hari penyertaan dibuka, pihak kami terpaksa menutupnya kerana sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai sedangkan program ini terhadap kepada 100 orang sahaja.

“Insya-Allah, kerana sokongan yang hebat ini kami merancang untuk menjadikan aktiviti ini sebagai acara tahunan dan berhasrat untuk memperluaskan ke suluruh negara dalam usaha memperkukuhkan jenama mStar,” katanya.

Program mStar Birthday Splash ini turut dijayakan dengan kerjasama dan sokongan daripada pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, HIM Wellness Sdn Bhd, Dr Ahmad Samhan Awang sebagai penaja utama sementara Axisto Empire Enterprise dan Sunway Lagoon pula sebagai rakan strategik.

Pembaca yang tidak berkesempatan menyertai acara ini boleh menyaksikan kemeriahannya menerusi siaran langsung di paltform rasmi TikTok mStar pada hari kejadian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain