DALAM kegembiraan bakal menyambut kelahiran anak ketiga, pelakon Tya Arifin turut berkongsi kisah duka mengalami keguguran awal tahun ini. Menurut Tya atau Nurtria Wulandri Arifin, 30, dia mengetahui dirinya hamil sekitar Januari lalu ketika sedang bercuti bersama keluarga di Turkiye. "Sebenarnya ketika bercuti saya sudah hamil tetapi tidak tahu. Patutlah masa itu bila berjalan kaki cepat rasa penat. Dukung anak pun tak boleh lama. Perkongsian Tya dalam video di Instagram. "Jadi di Turkiye saya sengaja buat pemeriksaan kerana tarikh haid sudah lewat. Bagaimanapun saya mengalami keguguran saat pulang ke Malaysia," katanya. Tya berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya pada Isnin sebagai kenangan perjalanan kehamilan. Menerusi hantaran video tersebut, Tya membuat kejutan dengan menyembunyikan alat ujian kehamilan di dalam saku seluar suaminya iaitu Asyraf Khalid. ARTIKEL BERKAITAN: Pegang surat khabar bertulis ‘baby is on the way’... Tya Ariffin dan suami bakal timang anak ketiga ARTIKEL BERKAITAN: Tya Ariffin ajar anak berniaga, netizen puji Arif Jiwa ramah tak segan tegur pengunjung ‘promote’ jualan ibu Pelakon ini juga menunjukkan perbualan bersama seorang doktor memaklumkan kandungannya mengalami masalah sebelum keguguran pada 24 Januari. Bagi Tya kisah yang terjadi itu menjadi satu pengalaman buatnya menyelamai hati ibu yang pernah mengalami nasib sama. "Sekarang saya faham perasaan ibu yang mengalami keguguran. Apa lagi ibu-ibu yang berjuang garis dua (hamil). Tya dan suami bakal sambut kelahiran anak ketiga. "Awalnya rasa sedih. Beberapa hari saya mula menerima reda dengan ikhlas," tulisnya. Pada 21 Ogos lalu Tya bersama Asyraf berkongsi berita gembira bakal menyambut cahaya mata ketiga dalam satu video kreatif di laman sosial. Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa serta Azzahra Jiwa, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!