suria

Azlan Komeng tunai janji sebagai suami, kemalangan ngeri jawab semua persoalan terbuku di hati isteri 

Pada Nilam, hanya ajal yang boleh memisahkan dia dan Azlan.

HATI isteri pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz tersentuh apabila mengenangkan pengorbanan suaminya yang sanggup menggadai nyawa menyelamatkannya ketika mereka terlibat dalam kemalangan ngeri pada Jumaat lalu.

Nilam, 46, berkata, sebagai isteri dia berterima kasih kepada Azlan kerana berpegang teguh dalam ikatan perkahwinan mereka.

Insiden itu juga kata Nilam adalah jawapan daripada Allah SWT kepada setiap soalan yang terbuku dihatinya selama ini.

size NP 1 - 2024-10-15T162012.726

Azlan dan Nilam alami kemalangan ngeri pada Jumaat lalu.

"Terima kasih suamiku, kau memegang akad kita dengan erat. Berjanji mendahului aku dalam apa jua waktu.

"Allah memberi jawapan kepada setiap soalan yang aku tanyakan. Dulu, kini dan selamanya akad ini aku akan genggam hingga ajak memisahkan," katanya.

Nilam berkongsi luahan hatinya itu menerusi hantaran di TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian itu memperlihatkan Nilam sedang mengelap wajah Azlan yang terlantar di katil wad hospital selepas menjalani pembedahan pada bahagian tangan dan pinggulnya yang patah.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng patah kaki dan tangan, isteri cerita detik cemas terlibat kemalangan - “Dia guna badannya lindungi saya daripada dirempuh”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lafaz cerai Azlan Komeng tak sah, Nur Nilam kembali taat kepada suami

Pada Jumaat lalu, Azlan dan Nilam terlibat dalam kemalangan ngeri Kuala Lipis, Pahang.

Kenderaan jenis Perodua Kancil dipandu pasangan itu bertembung dengan sebuah trak polis sewaktu dalam perjalanan ke tapak perniagaan.

Susulan itu, Azlan menjalani pembedahan pada tangan kanan dan mengalami kecederaan lain seperti patah pada bahagian kedua-dua belah kaki serta pinggul manakala Nilam mengalami cedera ringan.

Sebelum ini, hubungan rumah tangga Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, bersama Nilam pernah dilanda badai pada November tahun lalu.

553 (27)

Rumah tangga Azlan dan Nilam pernah dilanda badai November tahun lalu.

Nilam pada awalnya memberitahu dia dan Azlan sudah bercerai kerana suaminya sudah melafazkan cerai terhadapnya.

Namun jelas Azlan, dia bersyukur selepas lafaz cerai yang dilakukan terhadap Nilam ketika itu tidak sah disisi undang-undang syariah.

Difahamkan, perkara itu terjadi kerana Nilam terlalu tertekan memikirkan kewujudan orang ketiga dalam hubungan mereka.

Untuk rekod, Nilam dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain