suria

‘From Saga With Love 2’ di Viu 17 Oktober… Temui Ikmal Amry, Siti Khadijah Halim, Hun Haqeem di tiga lokasi terpilih

Dari kiri Fimie Don, Ikmal Amry, Siti Khadijah Halim, Hun Haqeem dan Sophia Albarakbah.

PEMINAT drama bersiri Viu Original berjudul From Saga With Love pastinya ternanti-nantikan kesudahan cinta dan persahabatan di antara empat watak utamanya.

Penantian itu bakal berakhir apabila musim kedua drama bersiri berkenaan menemui peminat yang akan memulakan tayangan bermula 17 Oktober ini di platform penstriman Viu Malaysia.

Musim kedua akan menjadi lebih menarik yang berkisarkan tentang persahabatan dan percintaan di antara Karma lakonan Siti Khadijah dan Sham (Ikmal Amry) diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

saga 2

Jangan lepaskan peluang bertemu barisan pelakon From Saga With Love 2.

Lebih menarik, musim kali ini bakal memperlihatkan Karma, Sham bersama dua lagi sahabat mereka iaitu Bianca lakonan Sophia Albarakbah dan Bob (Fimie Don) menggembara ke Saga, Jepun sekali lagi.

Menghangatkan lagi jalan cerita drama arahan Umi Salwana Omar ini, satu watak baharu diperkenalkan iaitu Hadri yang dipegang oleh Hun Haqeem.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘From Saga With Love 2’ teruja jumpa Gabenor Saga, Siti Khadijah harap drama dapat kukuhkan hubungan Jepun dan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Dah ramai ‘sangkut’ cerita ini... Misteri siri Viu Original Nafsu buat penonton tak senang duduk

Bersempena tayangan musim kedua ini, kesemua pelakon utama drama tersebut bakal bertemu sendiri dengan peminat menerusi program From Saga With Love 2 Mall Tour.

2020-11-05

Barisan pelakon drama bersiri berkenaan bakal bertemu peminat di IOI City Mall Putrajaya pada19 dan 20 Oktober 2024.

Memulakan siri jelajah di Aurum Theatre, The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada 16 Oktober ini, peminat berpeluang bertentang mata dengan barisan pelakon menerusi sesi meet & greet.

Mereka kemudiannya akan berada pula di IOI City Mall, Putrajaya selama dua hari pada 19 dan 20 Oktober 2024.

Tidak terhenti di situ, kesemua pelakon akan meluangkan masa bersama peminat di lokasi terakhir AEON Mall, Shah Alam pada 9 dan 10 November 2024.

saga 3

Hun (kanan) tampil dengan watak Hadri dalam From Saga With Love 2.

Peminat bukan sahaja dapat beramah mesra bersama pelakon kegemaran, malah berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik dan menangi hadiah eksklusif daripada Viu, Syahirah Vitalis dan All Nippon Airways (ANA) di ketiga-tiga lokasi!

Tunggu apa lagi? Jangan lupa block kalendar anda!

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai kesemua program istimewa ini, peminat boleh melayari laman sosial Viu Malaysia di Facebook dan Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain