SERING dilihat menayangkan badan menerusi beberapa drama lakonannya, pelakon Mierul Aiman memberitahu itu hanyalah karakter yang perlu dibawa dan bukanlah menggambarkan dirinya yang sebenar. Kata Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, dia melakukan babak berkenaan atas dasar tuntutan skrip dan penceritaan dalam naskhah yang dilakonkan. Malah aksi tidak berbaju itu turut dilakukan dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Project: Exit. Mierul tayang badan kerana tuntutan skrip. “Saya percaya itu Hadi (nama karakter), dia hidup dalam sebagai seorang insan dan saya sebagai penonton pun cuma nikmati cerita ini tentang apa. “Ya itulah watak Hadi,” katanya kepada mStar. Mierul berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media drama bersiri Project : Exit di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, Mierul berkata dia enggan memikirkan pandangan segelintir pihak yang mendakwa kononnya produksi mengambil kesempatan untuk melariskan karya mereka dengan meminta aktor melakonkan babak tidak berbaju. ARTIKEL BERKAITAN: Pelik jual emas pukul 2 pagi, rupanya IG Mierul Aiman kena godam... Sedang ikhtiar dapatkan semula akaun ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mierul Aiman terkejut gosip bercinta dengan cucu kenamaan, tak pernah selidik latar belakang kenalan Dalam hal ini, Mierul percaya segala skrip yang ditulis dan babak yang diwujudkan itu mempunyai objektif tersendiri untuk disampaikan kepada penonton. “Saya tak memikirkan tentang itu, saya hanya fikir tentang skrip dan objektif sesebuah drama yang saya lakonkan. “Saya percaya skrip ditulis sebelum diberi karakter dan bukan karakter dicipta dahulu baru skrip dibuat,” jelasnya. Sebelum ini antara drama yang memperlihatkan Mierul tidak berbaju adalah Projek: High Council, W: Two Worlds dan Anak-Anak Mafia. Perkongsian foto tidak berbaju Mierul di IG miliknya. Malah, dia juga dilihat terbuka berkongsi foto tidak berbaju di laman sosialnya. Drama bersiri Project: Exit akan menemui penonton pada 1 November depan. Selain Mierul Aiman, pelakon lain yang terlibat dalam naskhah berkenaan ialah Shasha Abedul, Naim Daniel, Kimberly Chuah, Nabila Huda dan Farah Ahmad. Drama ini akan bersiaran setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi platform penstriman Astro Go dan Sooka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!