PELAKON Hisyam Hamid berpegang teguh pendirian untuk tidak menayangkan tubuh badan sebagai content atau pengisian di media sosial. Kata Hisyam atau Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 39, dia tidak selesa mempamerkan badannya untuk tatapan umum malah menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan. “Tapi pada saya secara peribadi, kalau badan saya cantik pun tak pernahlah dekat media sosial tunjuk gambar tak pakai baju ke. Tiada keperluan buat Hisyam tayang badan. “Sebab itu pendirian saya, saya tak suka buat perkara-perkara macam itu dan kadang-kadang saya rasa ia menggelikan. “Saya tak pernah buat benda-benda macam itu dan rasa tak perlu pun nak buat semua itu,” katanya kepada mStar. Hisyam berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Andai Tiada Dia yang diadakan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Hisyam Hamid belum terbuka hati untuk kahwin lagi, elak gosip mahu jaga hati anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perkahwinan 18 tahun berakhir, Hisyam Hamid umum sudah berpisah dengan isteri Hisyam bagaimanapun berkata dia tetap memandang positif tindakan segelintir pelakon muda yang menayang tubuh sasa mereka di media sosial untuk tujuan pemasaran. Jelasnya, cara itu mungkin dapat menarik minat penerbit dan membuktikan bahawa mereka berkebolehan melakonkan watak aksi. “Kalau badan mereka cantik tak apalah tunjuk. Mungkin bagi mereka tayang badan untuk marketing untuk orang ambil dia berlakon watak aksi, bagi saya okaylah. Kira tujuan yang baik. Sekarang ramai yang muda dan sado, bila tengok itu ada rasa yang saya kena kerja keras juga HISYAM HAMID PELAKON “Kalau saja-saja buat untuk buat orang terpesona, itu terpulang kepada dia. Kadang-kadang dia sengaja nak usik pengikut di media sosial kan,” jelasya. Melihat kesungguhan segelintir pelakon menjaga penampilan diri, Hisyam mengakui dia tidak mahu tenggelam dengan kehadiran pendatang baru yang lebih muda dan kacak dalam indsutri. Justeru itu, dia terpaksa berkerja keras menjaga penampilan diri agar setanding dengan mereka. Barisan pelakon Andai Tiada Dia. “Sekarang ramai yang muda dan sado, bila tengok itu ada rasa yang saya kena kerja keras juga. Kalau tak nanti orang akan lupa kita. “Orang nak tengok benda yang indah-indah jadi saya kena jaga itu. Kalau lakonan bagus pun tapi penampilan kurang itu akan memberi kesan juga, kalau boleh saya nak seleraskan dua-dua,” kongsinya. Dalam perkembangan lain, Hisyam tampil dengan drama terbaharu berjudul Andai Tiada Dia yang bakal bersiaran menerusi Astro Ria bermula 21 Oktober ini. Drama yang sarat dengan emosi ini mengisahkan tentang kehidupan suami isteri yang bergelut dengan dilema untuk mendapatkan zuriat, ditambah dengan kehadiran orang ketiga. Selain Hisyam, drama ini turut dibintangi pelakon hebat lain termasuk Ummi Nazeera, Mimi Lana, Zahiril Adzim dan Kodi Rasheed. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!