ISTERI pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan menerima nafkah lebih tinggi berbanding kebiasaan daripada suaminya. Walaupun tidak pernah mengadu perihal nafkah bulanan, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkata, dia merasakan Shuib mungkin mengambil iktibar daripada isu penceraian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin. "Alhamdulillah sejak kes Fattah dan Fazura (Fattzura), suami naikkan duit nafkah. "Walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup, tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam," katanya. Watie kongsi Shuib pindahkan wang nafkah bulanan yang lebih tinggi daripada kebiasaan. Watie berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Khamis. Malah Watie menunjukkan tangkap layar Shuib memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya. Meskipun tidak mendedahkan amaun yang diterima, namun Watie memaklumkan bahawa jumlah berkenaan adalah tinggi berbanding sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang hanya berkurung dalam bilik hotel, anak-anak ikut percutian ulang tahun pertama perkahwinan Watie dan Shuib ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin tak curangi Fazura, tuduhan gagal beri nafkah cubaan cemar nama baiknya Sementara itu, Watie sempat memberi pesanan buat pasangan suami isteri di luar sana agar bertolak ansur dalam kehidupan rumah tangga. "Sebenarnya suami isteri jadikanlah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama-sama bertolak ansur dan memahami anatara satu sama lain. "Sebab kehidupan rumah tangga ni untuk kita lalui bersama, nikmati bersama, suka duka bersama, susah senang sehingga ke nafas terakhir bersama," jelasnya. Sebelum ini, kisah penceraian Fattah dan Fazura sah pada 7 Oktober lalu menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen. Watie syak Shuib ambil isu cerai Fattah dan Fazura sebagai iktibar. Ia susulan Fazura mendakwa Fattah mengabaikan nafkah dia dan anak mereka iaitu Nur Fatima Ausya, 4, bertahun lamanya. Untuk rekod Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!