suria

Bajet 2025: Industri Kreatif dapat peruntukan RM160 juta, Dana Kandungan Digital naik RM65 juta

Anwar umum peruntukan untuk seni kreatif.

INDUSTRI seni kreatif tidak ketinggalan terus mendapat perhatian kerajaan sempena Belanjawan Madani 2025 yang berlangsung pada Jumaat.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan secara keseluruhan sebanyak RM160 juta untuk pembangunan industri kreatif.

Bagi program Belia Kreatif Madani, kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk digunakan bagi pelagai program seperti bengkel kemahiran videografi kandungan kreatif, pembangunan komuniti filem serta pertandingan filem pendek.

bajet 2025

Dana kreatif beri galakan untuk anak muda.

Peruntukan itu kerajaan mensasarkan kepada 16,000 golongan anak muda.

Anwar berkongsi perkara tersebut semasa pembentangan Belanjawan Madani 2025 yang berlangsung di Parlimen Malaysia.

Sementara Dana Kandungan Digital dinaikan kepada RM65 juta berbanding RM60 pada belanjawan sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2025: Pembentangan ketiga Kerajaan Madani, ini manfaat rakyat bakal terima

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada projek mega, banyak pembangunan fokus kepentingan rakyat... 4 negeri pembangkang tak terkecuali

Perkara lain diumumkan adalah peruntukan hampir RM40 juta di bawah Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia.

Ia jauh berbeza dengan dana sebelum ini iaitu sebanyak RM90 juta.

bajet 2025 1

Perkembangan filem tempatan terus diharapkan dalam Belanjawan Madani 2025.

Sementara itu, bagi MyCreative Ventures pula disediakan sebanyak RM25 juta bagi menyokong industri kreatif melalui suntikan ekuiti kepada syarikat berpotensi tinggi.

Dalam masa sama ia sebagai pembiayaan untuk usahawan sosial kreatif.

Jumlah tersebut meningkat sebanyak RM15 juta berbanding dana terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain