suria

Dapat ilham ketika isteri hamil 5 bulan, Ikhwan Fatanna kongsi perasaan jadi bapa dalam ‘Cahaya Mata’

Ikhwan kini bergelar bapa.

KETERUJAAN dan kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata pertama diterjemahkan oleh penyanyi dan komposer Ikhwan Fatanna dalam lagu terbaharu berjudul Cahaya Mata.

Berkongsi tentang penghasilan karya ciptaan sendiri itu, kata Ikhwan atau Ikhawan Fatanna Mokhtar, 34, dia mendapat ilham lagu tersebut ketika isterinya sedang hamil dan usia kandungan ketika itu lima bulan.

"Memang sangat luar biasa perasaan ini apabila dikurniakan cahaya mata. Jadi, saya terjemahkan perasaan ini dalam lagu ini dan saya harap lagu ini dapat sambutan yang baik semua.

"Lagu ini saya dapat idea sewaktu isteri hamil. Kalau tak silap ketika usia kandungan lima bulan.

ikhwan 2

Ikhwan cipta lagu baharu ketika isteri hamil.

"Oleh kerana saya berasa terlalu gembira dan bersyukur ketika itu, saya nak terjemahkan rasa itu di dalam sebuah lagu," katanya.

Ikhwan menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada 17 September lalu dan bayi itu diberi nama Yusuf Musa Mohamad Fatanah.

Tambah penyanyi itu, isterinya iaitu Lin Ariffin turut memberi galakan untuk merakamkan lagu ini biarpun pada asalnya ia hanya untuk simpanan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Ikhwan Fatanna selamat disatukan dengan penyampai radio Zayan, Lin Ariffin

ARTIKEL BERKAITAN: Ikhwan Fatanna dipersalahkan ‘Berakhirlah Pencarianku’ tukar penyanyi, hanya tahu sehari sebelum sidang media SFMM37

"Sebenarnya, lagu ini saya fikir nak simpan untuk kenangan bersama keluarga saja. Tapi, bila saya bagi isteri dengar, dia kata lagu ini okey dan menarik.

"Saya ambil keputusan untuk kongsikan lagu ini bersama orang ramai.

"Saya ingin kongsi perasaan yang tidak terucap ini sebagai tanda penghargaan untuk momen indah saya dan isteri.

Memang sangat luar biasa perasaan ini apabila dikurniakan cahaya mata

IKHWAN FATANNA

PENYANYI

"Lagu ini bukan sahaja untuk ibu bapa tetapi juga untuk sesiapa sahaja yang merasai keajaiban kasih sayang dalam keluarga," ujarnya.

Untuk rekod Ikhwan dan Lin mendirikan rumah tangga pada 17 November tahun lalu.

Pasangan ini juga tidak menolak untuk terus menambah bilangan cahaya masa di masa akan datang.

ikhwan 3

Ikhwan harap lagu baharu diterima ramai.

"Jika Allah kurniakan lagi rezeki ini, saya tidak menolak dan sangat bahagialah dengan anugerah ini.

"Tiada apa lagi yang saya nak kejar kerana impian saya selama ini adalah untuk membina sebuah keluarga yang bahagia," luahnya.

Lagu Cahaya Mata merupakan terbitan Nova Music dan mula dilancarkan di semua aplikasi penstriman pada 18 Oktober bersama-sama musik video di YouTube.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain