PELAKON Qistina Raisah lega apabila masih ramai memberi kata-kata positif selepas teruk dikritik susulan kontroversi gimik bergaduh dengan Arnie Shasha. Qistina atau Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 16, juga menghargai semua nasihat diberikan netizen kepadanya berhubung insiden tersebut. “Terima kasih semua yang mendoakan, nasihat san sentiasa menyokong saya walaupun hanya gimik,” katanya. Pergaduhan Qistiina dan Arnie hanya gimik. Qistina berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada pagi Sabtu. Menerusi hantaran berkenaan, Qistina juga berkongsi beberapa tangkap layar DM (direct message) daripada pengikutnya meminta aktres itu sabar dan tabah menghadapi kecaman netizen. Dalam pada itu, Qistina sempat memesan kepada diri sendiri untuk menjadi insan lebih baik agar dapat menjadi contoh kepada orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya minta maaf tipu netizen”... ‘Drama’ Arnie Shasha gaduh Qistina Raisah rupanya gimik lagu baharu ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dedah kisah sebenar pergaduhan... Kesal sikap biadab Qistina Raisah curah air ke muka Arnie Shasha Malah Qistina berbangga kerana berjaya mengawal diri daripada menyakiti orang lain. "Terus jadi baik, bersihkan hati menjadi contoh terbaik. "Banggalah dengan diri sendiri kerana berjaya mengawal diri dari menyakiti hati sesama insan lain," ujarnya. Hantaran Instastory Qistina yang lega masih mendapat sokongan pengikutnya. Sebelum ini, tular video pergaduhan Qistina dan Arnie di media sosial sehingga menjadi bualan hangat. Dalam video berkenaan dua aktres itu sedang bertengkar sebelum Qistina menyimbah air ke muka Arnie. Bagaimanapun ketika sidang media yang diadakan Arnie pada Khamis, penyanyi itu mendedahkan insiden tersebut hanya gimik lagu baharu dan memohon maaf kerana sudah menipu untuk meraih publisiti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!