PELAKON Fauziah Ahmad Daud sedar pementasan teater Di Sebalik Topeng menerima kecaman disebabkan mengangkat isu semasa yang sedang trending di media sosial. Fauziah atau mesra disapa Ogy, 62, berkata, dia tidak bimbang dengan kecaman kerana kisah diketengahkan tidak mengaibkan sesiapa dan tahu undang-undang yang perlu dipatuhi. “Netizen kadang-kadang kita buat sesuatu perkara pun mereka akan kecam. Seperti dialog saya dalam teater ini, mereka suka ‘mengorek’ cerita. Ogy tahu undang-undang yang perlu dipatuhi. “Apa saja cerita saya yang tidak ‘FYP’ (trending), sampai saya kadang-kadang pun terfikir, cerita apa ni? “Apa yang dipersembahkan itu adalah cerita benar dan realiti sekarang. Saya tidak rasa sudah buat sesuatu salah sebab kami tidak mengaibkan sesiapa. Saya pun tahu Akta Media Sosial,” katanya. Berkongsi lanjut, Ogy berharap mesej yang ingin disampaikan melalui teater itu dapat membuka mata segelintir pihak mengenai kesan negatif memberi komen atau kritikan secara membuta tuli di mana-mana platform media digital. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aktor idam trofi Oscar, Ogy nasihat baiki lakonan jangan harap cantik saja ARTIKEL BERKAITAN: Ogy dedah dapat ugutan bunuh, digam empat tahun gara-gara cinta tidak direstui “Saya cuma harap melalui teater ini dapat menyedarkan mereka mengenai kesan komen yang ditinggalkan di media sosial. Ia boleh menyebabkan semangat atau jiwa seseorang itu hilang. “Teater ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup. “Setiap watak yang dipersembahkan dalam teater ini melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami,” ujarnya. Teater Di Sebalik Topeng dipentaskan bermula 19 Oktober (hari ini) dan 20 Oktober di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Menara DBP, Kuala Lumpur. Teater Di Sebalik Topeng tak buka aib sesiapa. Ogy memegang watak sebagai isteri kepada seorang tokoh politik yang pernah berkuasa sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan mental. Dalam masa sama, teater itu turut menekankan kepentingan mencari bantuan dan memahami masalah emosi adalah sebahagian kehidupan yang perlu diatasi. Selain Ogy, teater terbabit turut dilakonkan oleh Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, Gibran Agi dan Ard Omar. Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan boleh didapati melalui www.iLassoTickets.com. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!