suria

Hasrat lebar sayap ke Malaysia dapat kecaman, Asya B lapang dada anggap cabaran sebelum berjaya

Asya minat bidang nyanyian sejak usia kanak-kanak.

PENYANYI asal Singapura iaitu Asya B meluahkan rasa terkejut apabila luahan mahu melebarkan karier seni di Malaysia tidak mendapat respon postif masyarakat negara ini.

Asya atau Nurasya Abdul Rahim, 34, bagaimanapun berlapang dada dengan kritikan tersebut kerana menganggap ia cabaran perlu ditempuh sebagai artis.

“Ada bertanya saya tak boleh cari makan di Singapura ke sampai nak datang ke Malaysia?

size NP 1 - 2024-10-19T153326.464

Asya pernah terima kecaman daripada netizen Malaysia.

“Sejujurnya saya tak jangka dapat kritikan sebegitu tapi saya terima perkara itu dengan hati terbuka.

“Lagipun saya sedar yang saya berada di negara orang... Jadi perlu jaga akhlak dan menghormati penduduk di Malaysia,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Asya memberitahu walaupun permulaan dalam bidang muzik agak lambat namun dia mempunyai banyak pengalaman sebagai penyanyi.

Malah Asya pernah bekerja di sebuah kelab di Singapura sebagai penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Juara Dewi Remaja Nurel Baharin tak kejar populariti, jadikan Bront Palarae dan Nabila Huda sebagai ‘role model’

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula live di FB kini penyanyi rap, anak jati Sabah ini dicaci tak akan berjaya... Neo impi duet bersama MK dan Malique

“Saya sebenarnya sudah mula menyanyi sejak zaman sekolah dengan menyertai pasukan koir... Daripada situ saya belajar tentang teknik pernafasan dan nyanyian.

“Malah saya pernah sertai pasukan orkestrq dan selepas tamat persekolahan saya bekerja separuh masa sebagai penyanyi di kelab malam atau pub,” ujarnya.

Sementara itu, Asya meluahkan rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan penyanyi dan komposer Zul 2 by 2 menerusi single Sayang Padamu.

size NP 1 - 2024-10-19T153309.534

Asya teruja berkolaborasi dengan Zul 2 by 2.

Jelas Asya, lagu berkenaan adalah gubahannya sendiri ketika berusia 16 tahun dan Zul mencantikkan susunannya sebelum dilancarkan sebagai single rasmi.

“Asalnya saya masuk live TikTok Zul dan daripada situ kami kenal... Apabila Zul bertanya sama ada saya ada lagu sendiri, ketika itulah saya serahkan Sayang Padamu kepadanya.

"Respon awal, dia kata lagu saya buat tu bagus. namun Zul mencantikkan gubahan asal dan saya terus jatuh cinta dengan lagu ciptaan saya sendiri,” katanya.

Sayang Padamu nyanyian Asya sudah pun dilancarkan pada September lalu di semua platform penstriman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain