suria

Sporting habis pembaca mStar! Ini antara momen menarik sepanjang ‘mStar Birthday Splash’ berlangsung

Acara mStar Birthday Splash disambut baik semua peserta di Taman Tema Sunway Lagoon.

MEMANG meriah acara mStar Birthday Splash yang berlangsung di Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada pagi Sabtu.

Meraikan ulang tahun ke-19 pertal mStar, acara ini juga mendapat sambutan hangat pembaca setia yang digelar sebagai Rogers sejak daripada awal pengumuman dibuat.

Bukan sekadar menghargai sokongan pembaca setia, malah program ini juga secara tidak langsung mendekatkan lagi mereka dengan kru mStar selain artis jemputan terlibat.

Seramai 50 pembaca bertuah hadir seawal pukul 8.30 pagi sebelum dibawa masuk ke dewan tempat acara berlangsung.

Kalau hendak dicerita semua yang perlaku pada acara memang tidak cukup ruang bagi menggambarkan gamatnya suasana dengan jeritan dan sorakan mereka.

Beritu antara yang menarik berlaku sepanjang hari berkenaan:

mstar 1

Peminat memanfaatkan peluang dapat beramah mesra dengan selebriti kesayangan.

1. Peminat tak mahu lepas peluang

Meskipun pendaftaran telah penuh tiga minggu sebelum acara berlangsung, namun masih ada yang mencuba nasib di saat akhir.

Malah sehari sebelum ke Sunway Lagoon, masih ada yang cuba menghubungi talian mStar bagi mendapatkan tiket ke acara ini.

Copy of Untitled - 2024-10-20T115822.341

Cuaca seakan memberi kerjasama sepanjang acara mStar Birthday Splash.

2. Cuaca cantik!

Disebabkan cuaca tidak menentu, acara pembukaan berlangsung dalam dewan Lagoona Tarrace yang juga menjadi tempat semua peserta terlibat.

Sekitar pukul 10 pagi hujan mula turun dan ramai yang mula kecewa kerana dijangkakan cara Sunway Challenge akan diadakan di dalam dewan berkenaan.

Namun kegembiraan jelas terpancar apabila cuaca kembali cerah dan sesi cabaran tersebut dapat dijalankan di luar dewan.

Copy of Untitled - 2024-10-20T114224.021

Peserta kelihatan teruja sepanjang melakukan aktiviti bersama.

3. Peserta Sporting!

Setiap program sepanjang hari tersebut mendapat sambutan baik dalam kalangan pembaca.

Malah pihak penaja iaitu Dr Ahmad Samhan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Him Wellness Sdn Bhd juga teruja untuk sama-sama terlibat dalam Sunway Challenge.

Mstar Birthday Splash - mStar celebrating 19th anniversary with fans and celebrities at Sunway Lagoon on October 19.-AZMAN GHANI/The Star

Peserta tak melepaskan peluang bermain air di Sunway Lagoon.

4. Basah semuanya!

Lima selebriti yang terlibat dalam acara kali ini adalah Aisha Retno, Ismail Izzani, The Gadys, Ryan Bakery dan Zaki Yamani.

Bukan sekadar hadir menghiburkan peminat malah mereka juga menjadi ketua dalam setiap kumpulan bagi melengkapkan cabaran yang diberikan.

Inilah peluang untuk peminat mengenali lebih dekat artis kesayangan mereka. Semuanya memberi kerjasama baik sehingga sanggup basah kuyup bermain air.

Salah satu kenangan yang tak boleh lupa, Ismail sampai menggigil kesejukan selepas tamat cabaran dan kembali semula ke dewan berhawa dingin.

Mstar Birthday Splash - mStar celebrating 19th anniversary with fans and celebrities at Sunway Lagoon on October 19.-AZMAN GHANI/The Star

Kegembiraan tergambar di wajah para peserta.

5. Acara bebas

Lebih menarik lagi mereka ini diberi peluang untuk bermain secara bebas di Taman Tema Sunway Lagoon selepas acara tamat sekitar pukul 3 petang.

Bukan senang nak dapat peluang masuk taman teman ini secara percuma!

Secara keseluruhan acara berjalan lancar dengan kerjasama baik selebriti, para pembaca serta kru mStar yang terlibat.

Program ini mendapat kerjasama Him Wellness Sdn Bhd sebagai penaja utama selain rakan kolaborasi yang mereka baju rasmi iaitu Axisto Empire Enterprise.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain