SEKIAN lama tidak aktif dalam bidang nyanyian, pelawak dan pelakon Joey Daud kembali beraksi menerusi pentas Famili Duo musim keempat (FD4) bergandingan dengan Naqiu. Kata Joey atau Zulkifli Daud, 51, platform ini juga dianggap sebagai satu permulaan untuk dia bangkit semula dalam bidang nyanyian. "FD4 ini seperti kejutkan saya dari tidur. Saya mula dalam bidang nyanyian dan apa salahnya tutup mata sebagai penyanyi. Usia pun sudah semakin meningkat," katanya kepada mStar. Joey mahu kembali aktif sebagai penyanyi. Joey ditemui selepas selesai persembahan minggu pertama FD4 yang berlangsung di Studio NTV7, Shah Alam pada malam Ahad. Menurut Joey, menerima tawaran ini bukan satu cabaran mudah memandangkan dia berdepan dengan masalah kesihatan menyebabkannya sukar untuk menyanyi. "Pada awalnya saya memang tidak mahu masuk mana-mana pertandingan. Tetapi disebakan saudara saya (Naqiu) ini pujuk hanya dengan satu perkataan, akhirnya saya terima. ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz tarik diri berentap di ‘Famili Duo 4’, Thamiera (The Gadys) pasangan baharu Didi Astillah ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Joey Daud dapat sorakan, pasangan Naqiu di Famili Duo 4 akhirnya terjawab "Saya tahu komitmen sebagai penyanyi sangat tinggi termasuk dari segi penjagaan fizikal. Saya juga adalah masalah sakit tonsil yang menyukarkan untuk menyanyi. "Sudah enam tahun saya ada masalah ini dan doktor sarankan untuk lakukan pembedahan. Tetapi saya takut jarum," ceritanya. Sementara itu, Naqiu pula memberitahu bukan mudah untuk dia memujuk Joey menyertai pertandingan ini. Saya mula dalam bidang nyanyian dan apa salahnya tutup mata sebagai penyanyi JOEY DAUD PELAWAK/PENYANYI Namun besar harapannya pentas FD4 ini menjadi arena terbaik untuk memperkenalkan semula nama Joey sebagai seorang penyanyi. "Empat kali saya memujuk dia untuk sertai FD4. Kali keempat barulah dia bercakap tentang persetujuan bersama dan juga komitmen. Dari situ kita sudah mula dapatkan dia. "Sejujurnya saya terluka apabila generasi sekarang ini panggil Joey sebagai pelawak sedangkan dia seorang penyanyi yang bagus. Naqiu (kanan) mahu Joey kembali dikenali sebagai penyanyi. "Saya mahu orang tahu dia bermula sebagai penyanyi dan dididik oleh sifu Datuk M Nasir. Tanggungjawab saya untuk orang tahu perkara itu," jelasnya. Joey dan Naqiu tampil menyampaikan lagu Sinaran (Datuk Sheila Majid) dan Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak) di minggu pertama FD4. Kemunculan Joey sekaligus menjawab teka-teki pasangan duo Naqiu yang sebelum ini dirahsiakan. Tidak mudah buat Naqiu memujuk Joey. Selain Naqiu dan Joey, pasangan lain yang bertanding adalah Shiha & Ieda Zikir, Zahid & Anne, Tomok & Sharul Kamal, Salma Asis & Ayie Ilham serta Didi Astillah & Thamiera. Musim kali ini juga bakal menyaksikan Janna Nick dan Sharif Zero bertindak sebagai hos program. Manakala kerusi juri pula akan diisi oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube