PENYANYI Didi Astillah menegaskan tidak timbul isu pergaduhan susulan pengunduran Yazmin Aziz sebagai pasangannya dalam program Famili Duo musim keempat (FD4) yang mula bersiaran pada malam Ahad. Kata Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, apa yang berlaku telah mendapat persetujuan kesemua pihak termasuk Yazmin sendiri serta pihak produksi. Malah, dia juga meluahkan rasa syukur penyanyi Thamiera Chan sudi mengisi kekosongan di saat akhir menggantikan Yazmin. Didi memilih Thamiera untuk bergandingan dalam FD4. "Semuanya terjadi di saat-saat akhir dan Yazmin ada komitmen yang tidak boleh dielakkan. Tidak wujud sebarang istilah gaduh atau timbul masalah antara kami. Semuanya baik-baik sahaja. "Syukur segalanya dipermudahkan dan di saat-saat akhir juga kami mendapat persetujuan Thamiera," katanya kepada mStar. Pada 13 Oktober lalu, nama Yazmin diumumkan sebagai pasangan duo Didi dalam sidang media program berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz tarik diri berentap di ‘Famili Duo 4’, Thamiera (The Gadys) pasangan baharu Didi Astillah ARTIKEL BERKAITAN: Empat kali Naqiu pujuk, akhirnya Joey Daud setuju sertai ‘Famili Duo 4’... Mahu kembali aktif menyanyi Bagaimanapun, beberapa hari sebelum FD4 memulakan pentas saingan, Yazmin dikhabarkan mengundurkan diri dan bakal diganti oleh penyanyi lain. Menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, Didi bagaimanapun mengakui perancangan persembahan sedikit terganggu apabila penarikan diri itu dibuat. Dalam masa sama dia juga memberitahu tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk bergelar juara kerana sedar akan bakat besar peserta lain. Semuanya baik-baik sahaja DIDI ASTILLAH PENYANYI "Tipulah kalau saya cakap perancangan tidak terganggu. Persembahan dengan Thamiera semua dibuat saat-saat akhir an terkejar-kejar. Apa yang diberikan ini kami sudah cuba sehabis baik dalam masa singkat. "Ini peluang besar untuk berada di atas pentas bersama nama-nama besar. Kami tidak meletakkan sebarang jangkaan sebab berpijak pada bumi yang nyata. Kami tahu level kami," ujarnya. Didi dan Thamiera menyampaikan lagu Kalis Rindu (Elyana) dan Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela) pada konsert minggu pertama FD4 yang berlangsung di Studio NTV7, Shah Alam. Thamiera (kiri) akui gementar di atas pentas FD4. Pertama kali berada di pentas pertandingan, Thamiera akui gementar sehingga berlaku sedikit masalah yang mengakibatkan persembahan terganggu. "Saya sangat-sangat gementar dan dalam masa sama teruja dalam berada di atas pentas kerana ini merupakan pertama kali menyertai pertandingan program televisyen," jelasnya. Pasangan duo lain yang turut bertanding adalah Tomok & Sharul Kamal, Shiha & Ieda Zikir, Naqiu & Joey Daud, Salma Asis & Ayie Ilham serta Zahid & Anne. Tomok dan Sharul mengungguli persembahan minggu pertama dengan bergelar juara mingguan yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Penilaian markah dibuat berdasarkan 30 peratus undian peminat dan selebihnya adalah keputusan dua juri iaitu Datuk Rosyam Nor serta Mas Idayu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!