suria

Yazmin Aziz tarik diri berentap di ‘Famili Duo 4’, Thamiera (The Gadys) pasangan baharu Didi Astillah

Thamiera (kanan) bersaing di pentas FD4 bersama Didi.

PENYANYI Thamiera yang juga anggota kumpulan The Gadys diumumkan sebagai pasangan baharu Didi Astillah dalam program Famili Duo musim ke-empat (FD4) yang mula bersiaran pada malam Ahad.

Ia susulan penarikan diri penyanyi Yazmin Aziz selepas namanya diumumkan sebagai peserta dalam majlis sidang media yang berlangsung pada 13 Oktober lalu.

Difaham Yazmin menarik diri atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

yazmin 1

Yazmin menarik diri daripada menyertai FD4 di saat akhir.

Thamiera tampil pada minggu pertama FD4 bersama Didi menyanyikan lagu alis Rindu (Elyana) dan Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela).

Enam pasangan selebriti ini bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu ada sebab kembali sertai pertandingan nyanyian, pasangan duet di Famili Duo 4 kekal rahsia

ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi ‘busking’ di Bukit Bintang, Zahid buang ego pernah bergelar juara AF2... Hargai pengalaman dapat RM30

Selain Didi dan Thamiera, pasangan lain yang bertanding adalah Shiha & Ieda Zikir, Zahid & Anne, Tomok & Sharul Kamal serta Salma Asis & Ayie Ilham.

Musim kali ini juga bakal menyaksikan Janna Nick dan Sharif Zero bertindak sebagai hos program.

Manakala kerusi juri pula akan diisi oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain