HAMPIR setahun turun naik mahkamah, penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali akhirnya berjaya mencapai kata sepakat mengenai hak penjagaan anak dengan bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri. Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, memberitahu dia dan Shakilla telah melakukan perbincangan di luar mahkamah sebelum perkara itu ditetapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin. "Saya pernah katakan sebelum ini dalam kes hadanah melibatkan kami tiada istilah rebut anak. Kami telah capai kata persetujuan di mana hak jagaan diserahkan kepada bekas isteri. Fizi mahukan yang terbaik buat Ameena. "Saya mendapat hak lawatan serta bermalam. Perkara ini telah kami bincangkan di luar mahkamah dan ada beberapa syarat yang telah ditetapkan. Saya tak boleh nak kongsi syarat itu. "Syukur semuanya telah selesai. Hari ini (Isnin) perbicaraan berjalan lancar dan keputusan telah ditetapkan," katanya ketika dihubungi mStar. Fizi sebelum itu berkongsi gambar bersama peguam di Instagram miliknya selepas selesai prosiding berjalan. ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali positif kes hadanah selesai secara baik, mahu Ameena dapat kasih sayang sama rata ARTIKEL BERKAITAN: “Ini bukan pertandingan” - Fizi Ali dan Shakilla Khoriri capai kata sepakat isu hadanah Tambahnya sepanjang tempoh 10 bulan ini perbincangan dilakukan antara peguam kedua-dua belah pihak dalam menyusun kata sepakat untuk kebaikan mereka bersama. "Dalam tempoh ini ada beberapa perkara yang perlu dipinda dan disebabkan itu ia mengambil masa. Kalau tidak diselesaikan di luar mahkamah mungkin akan berlarutan panjang. "Segala urusan menjadi lebih mudah jika dilakukan dengan cara ini. Segala masalah dapat diselesaikan dan masing-masing dapat apa yang dimahukan FIZI ALI PENYAMPAI RADIO "Dengan apa yang terjadi ini semoga jadi pengajaran buat orang yang melalui nasib sama. Jika berlaku ketidakpuasan hati, rujuklah orang yang sepatutnya. "Segala masalah dapat diselesaikan dan masing-masing dapat apa yang dimahukan," jelasnya. Pada 15 Disember tahun lalu, Fizi memfailkan tuntutan hadanah berhubung hak penjgaan anak perempuannya iaitu Ameena Sofia, 5 tahun. Fizi bersama dua peguam yang mewakilinya. Sebutan pertama kes mereka berlangsung pada Februari lalu. Untuk rekod, Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021. Fizi kembali mendirikan rumah tangga bersama Siti Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu dan kini mereka memiliki seorang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!