suria

Zul Ariffin teruja jadi ‘superhero’, kagum bakat Sofyank mampu tingkatkan kualiti VFX filem tempatan

Zul Ariffin memuji bakat Sofyank mencipta video kesan khas visual (VFX).

PERTAMA kali bekerjasama, pelakon Zul Ariffin mengagumi bakat yang dimiliki oleh personaliti media sosial Sofyank dalam mencipta video kesan khas visual atau VFX.

Kata Zul, 37, sebelum ini dia mengenali influencer itu selepas menonton beberapa video kolaborasi bersama selebriti luar negara dan merasakan perkara itu sangat mengagumkan.

“Bila dapat peluang untuk bekerjasama dengan Sofyank, sudah tentulah saya teruja sebab pada saya, Sofyank adalah antara bakat anak Malaysia yang mampu pergi jauh.

Copy of Untitled - 2024-10-21T131312.460

Zul teruja dapat berkerjasama dengan Sofyank (kanan).

“Sebelum ini, saya hanya mendengar dan tahu nama Sofyank ini bila ramai cakap mengenai video-video animasi atau VFX yang sering dihasilkan di media sosial.

“Ada juga antaranya yang saya tengok dan dari situ saya dapat rasakan dia ini berbakat besar, apalagi dia pun pernah bekerjasama dengan nama-nama besar di luar negara seperti Zach King, Will Smith, Chris Hemsworth dan Paul Rudd,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon Sheriff ini juga percaya Sofyank mampu membantu mempertingkatkan kualiti filem yang menggunakan elemen VFX di Malaysia.

“Tidak mustahil dengan potensi yang dimiliki, dia mampu melakukan sesuatu untuk industri seni perfileman tanah air terutama yang melibatkan VFX.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin tak jadi menetap di Arab Saudi, tapi kerap pergi jika ada masa terluang

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi drama cinta... Zul Ariffin ada alasan bersikap memilih, bukan sebab sudah ‘besar kepala‘

“Kalau lebih ramai dapat contohi dia pun bagus. Industri kita perlukan lebih ramai orang-orang seperti ini,” ujarnya.

Pertama kali menggayakan kostum adi wira sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Zul memberitahu baju itu diinspirasikan daripada salah satu watak dalam permainan video Forsaken World 2 iaitu Demon Hunter.

Kata Zul, walaupun kostum itu dilihat seperti sut besi yang berat, namun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

“Kostum itu nampak macam besi, tetapi tidak berat pun. Saya pun kagum sebab kostum itu juga dihasilkan daripada pereka bertaraf antarabangsa.

Copy of Untitled - 2024-10-21T131335.005

Video arahan Sofyank iaitu Forsaken World 2 boleh mula ditonton pada Isnin.

“Saya berjaya bawakan watak itu di bawah pengarahan Sofyank tak sampai lima jam. Semuanya berjalan dengan lancar dan yang penting saya seronok melakukannya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, video arahan Sofyank untuk Forsaken World 2 boleh mula ditonton di platform media sosial bermula Isnin.

Manakala pelancaran rasmi permainan itu pula akan diterbitkan oleh VNGGames ini pada 22 Oktober dan boleh dimuat turun di App Store serta Google Play.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain