PELAKON Shakilla Khoriri berlapang dada dan terbuka menyelesaikan isu penjagaan anak dengan bekas suaminya iaitu Fizi Ali di luar mahkamah. Dalam hal ini, Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, berkata berbalah mengenai anak hanya akan memberi kesan buruk dan tidak memberikan kebahagiaan kepada cahaya mata mereka. "Perebutan tidak menjanjikan bahagia anak. Dendam peribadi tidak ada kena mengena dengan anak. "Biar hari ini orang menunding jari dengan cerita yang tidak benar dan sulit untuk ‘dijaja’ pada seluruh manusia tetapi seorang tidak akan tidur bila hak anak mereka dirampas orang yang tidak sepatutnya. Shakilla mahu fokus membesarkan Ameena dengan baik. "Tak akan tenang jika hak dan segalanya tentang masa depan anak dipandang sebelah mata dari salah seorang ibu bapa yang mengaku anak segalanya,” katanya. Shakilla berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Isnin. Dalam pada itu, Shakilla berkata dia menerima keputusan yang dibuat bersama Fizi itu dan berharap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa yang baik buat Ameena. Malah Shakilla berkata dia mahu mempertahankan hak Ameena supaya anak perempuannya itu tidak berasa terbeban gara-gara perpisahan ibu bapa. ARTIKEL BERKAITAN: Selesai bincang luar mahkamah, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri capai kata sepakat isu penjagaan anak ARTIKEL BERKAITAN: Ada ‘terpaling’ tahu fasal keadaan anak, Shakilla Khoriri nasihat lebih baik diam "Aku berlapang dada menerima apa sahaja keputusan cuma aku tak pernah putus asa dengan kebenaran yang aku simpan. "Pertahankan hak Ameena supaya Ameena tidak akan rasa berat sebelah dari Umi (panggilan Shakilla) atau daddy (panggilan Fizi) dia. "Aku pikul tanggungjawab sepenuhnya kerana Allah. Ameena harta yang tak ternilai untuk aku. Perjalanan dan masa depan Ameena tanggungjawab aku dan daddy dia tapi terpulang pada diri masing-masing untuk melunaskan,” ujarnya. Pelakon drama Cinta Kau dan Aku ini bagaimanapun turut memberitahu penceraian bukanlah satu pengakhiran untuk memberi kebahagiaan buat anak-anak. Fizi memaklumkan dia dan Shakilla sudah mencapai kata sepakat mengenai penjagaan anak. Ujar Shakilla, dia berharap individu yang berdepan dengan masalah penceraian tidak menunding jari menyalahkan pasangan mereka sebaliknya bekerjasama dalam membesarkan cahaya mata. "Penceraian kian menakutkan masa sekarang ini. Henti tunding jari dan bebaskan hati yang tersakiti atau disakiti dengan berlapang dada untuk setiap perjalanan yang Allah aturkan pada kita semua. "Penceraian bukan titik noktah untuk anak-anak mengejar bahagia dan impian mereka. "Malah jika kena pada kerjasama ibu dan bapa insya-Allah anak-anak ini lebih bahagia dari anak-anak yang ibu dan bapa masih bersama tapi jauh dari hati masing-masing,” katanya. Pada Isnin, Fizi memaklumkan dia dan Shakilla sudah mencapai kata sepakat mengenai penjagaan anak. Shakilla mahu berikan kasih sayang yang terbaik buat Ameena (kiri). Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, memberitahu sudah melakukan perbincangan di luar mahkamah sebelum perkara itu ditetapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. Pada 15 Disember tahun lalu, Fizi memfailkan tuntutan hadanah berhubung hak penjagaan anak perempuannya iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 5 tahun. Untuk rekod, Shakilla dan Fizi bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021. Shakilla kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Fariz pada 24 Februari lalu dan Fizi pula bernikah dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!