suria

Doa Allah angkat musibah, Hana Ismail titip ucapan sempena ulang tahun kelahiran Da'i Syed

Hana (kiri) menitipkan doa yang terbaik buat keluarganya.

SEMPENA ulang tahun kelahiran pendakwah selebriti Da'i Syed pada 20 Oktober lalu, pengacara Hana Ismail mendoakan agar segala ujian yang menimpa mereka suami isteri diangkat oleh Allah SWT.

Menerusi ucapan istimewa untuk suaminya itu, Hana atau Nurul Hana Ismail, 38, turut mendoakan agar urusan individu yang memberikan sokongan kepada mereka turut dipermudahkan.

"Selamat hari lahir baba Nour (panggilan Syed). Moga Allah angkat musibah kita, permudahkan urusan kita dan permudahkan urusan mereka yang membantu dan mendoakan kita," katanya.

Hana berdoa agar Allah mengangkat musibah yang dilalui mereka sekeluarga.

Hana berdoa agar Allah mengangkat musibah yang dilalui mereka sekeluarga.

Hana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Hana dilihat memuat naik foto bersama suami yang sedang memeluknya erat sambil memangku anak perempuan mereka.

Pada 30 Ogos lalu, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hana Ismail reda suami terima hukuman, mohon doa untuk kuat hadapi ujian

ARTIKEL BERKAITAN: Hana Ismail enggan ulang peristiwa 21 hari jaga anak sendirian, kagum dengan wanita jadi ketua keluarga

Bagaimanapun, selepas 21 hari dipenjarakan Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman di Penjara Kajang oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kes sebutan akan disambung pada 5 November depan.

Untuk rekod, Hana dan Syed mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain