SERING mengalami kesakitan pada bahagian mata apabila terdedah cahaya, pelawak Saiful Apek bagaimanapun berkata dia belum terfikir untuk mendapatkan rawatan lanjut. Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, berkata dia takut untuk bertemu pakar dan sanggup mengenakan dua jenis kaca mata bagi kegunaan harian. Mata Apek banyak terdedah dengan sinaran cahaya ketika muda. "Mungkin saya takut untuk buat rawatan bagi baik pulih mata. "Bukan sebab tak yakin tapi lebih kepada takut walaupun memang ada yang mencadangkan untuk buat rawatan itu. "Sekarang kemana-mana saya kena pakai dua kaca mata berbeza fungsinya seperti di sebelah dalam polarized dan di sebelah luar untuk pelindung ultra ungu (UV Protector)," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet jatuh sakit sebelum persembahan, Saiful Apek ‘trauma’ teringat pemergian arwah Hamdan ARTIKEL BERKAITAN: [V] Maya Karin hampir lemas ketika penggambaran ‘Duyung’, rambut palsu tersangkut pada jaring pukat ikan - “Jeritannya buat semua panik” Dalam pada itu, Apek memberitahu matanya hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja jika berada di bawah sinaran matahari. Tambah ahli kumpulan Senario itu, jika terlalu lama terdedah, air matanya akan mula mengalir dan berasa sangat sakit. "Sekarang mata saya agak terhad, paling lama pun hanya 15 minit sahaja boleh bertahan. "Kalau tidak air mata saya akan cepat keluar dan rasa pedih. Apek sentiasa memakai kaca mata hitam apabila keluar bekerja. "Saya kena selalu guna ubat titisan mata untuk melegakan mata bila bekerja, itu antara cabaran sekarang kalau berlakon," jelasnya Dalam pada itu, Apek tidak menolak bertemu pakar jika masalah itu berlarutan sehingga menganggu kariernya. "Kalau satu hari kesakitan mata saya ini menganggu atau menyekat perjalanan seni saya, saya akan cuba jumpa pakar merawat perkara berkenaan," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!