suria

Siti Khadijah mahu buktikan mampu cipta nama tanpa kontroversi, tak sanggup cemar tempat cari rezeki

Siti mahu elak cetus kontroversi untuk bertahan dalam industri seni.

PELAKON Siti Khadijah mahu membuktikan dirinya mampu mencipta nama dalam industri hiburan tanpa terpalit dengan sebarang kontroversi.

Kata Siti atau Siti Khadijah Halim, 27, dia mempunyai hasrat untuk kekal lama dalam bidang seni dan sama sekali tidak akan melakukan perkara yang boleh mencalarkan imejnya sebagai artis.

"Pada saya, saya mahu kekal lama dalam industri ini dan baik dengan semua orang, jadi saya tidak mahu calarkan periuk nasi sendiri.

Siti mahu menjaga nama yang dibawa dengan baik.

Siti yakin dirinya lebih diterima baik tanpa kontroversi.

"Apa yang baik daripada saya bolehlah ambil dan yang buruk jangan pula dijadikan contoh. Saya rasa pilihan masing-masing sekiranya mereka mahu ambil jalan pintas (cetus kontroversi), terpulang," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Siti turut memberitahu dia juga perlu menjaga tingkah laku demi menjaga nama yang turut merujuk kepada isteri Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Khadijah.

Kongsi Siti, dia akui agak berat untuk membawa nama tersebut namun sentiasa berusaha untuk mengekalkan imej baik dalam setiap apa yang dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibuli awal kemunculan, Siti Khadijah pernah terfikir tinggalkan dunia seni... “Pelakon baharu selalu kena marah maki”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah enggan bela kucing lagi, tak sanggup tengok haiwan kesayangan mati... “Suka tapi saya takut sakit”

"Secara tidak langsung sebenarnya nama Siti Khadijah itu berat juga untuk saya bawa. Saya suka nama saya, saya tak pernah malu dengan nama saya.

"Saya tak peduli orang nak cakap nama saya kampung, nama isteri nabi tetapi perangai begini. Itu yang saya cuba nak elakkan.

Saya suka nama saya, saya tak pernah malu dengan nama saya

SITI KHADIJAH

PELAKON

"Jadi macam mana saya nak elakkan, saya cuba menghindar daripada sebarang kontroversi. Saya cuba untuk jaga pemakaian dan perwatakan. Saya kena relaks sikit, itu sahajalah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Siti membintangi drama Viu Original From Saga With Love 2 yang mula ditayangkan pada 17 Oktober lalu.

Siti bergandingan bersama Ikmal (kiri) dalam drama From Saga With Love 2.

Siti bergandingan bersama Ikmal (kiri) dalam drama From Saga With Love 2.

Kata Siti, tidak mudah untuk dia melakonkan watak romantik komedi dalam drama tersebut dan mengakui berasa agak tertekan sewaktu menjalani penggambaran musim kedua ini.

"Saya rasa agak tertekan untuk berlakon dalam musim kedua ini kerana ramai yang fikir nak bawa watak romantik komedi itu senang.

"Sebenarnya tidak, ini adalah realitinya. Saya perlu jaga waktu untuk berlawa dan harus nampak natural. Agak susah tetapi saya berjaya melakukannya dengan bantuan pengarah," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain