suria

Puasa dan ‘OMAD’ rahsia Azira Shafinaz dapat berat badan ideal

Azira amal IF dan Omad bagi menjaga bentuk dan berat badannya.

INTERMITTENT fasting atau IF serta amalan diet one meal a day (OMAD) rahsia pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mengekalkan berat badan idealnya.

Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 33, berkata, dia mempraktikkan IF selama 16 jam sehari dengan hanya satu jenis makanan selepas 'berbuka' puasa.

Kebiasaannya kata Azira, dia akan berhenti mengambil sebarang makanan pada pukul 10 malam sehingga 2 petang keesokan harinya.

size NP 1 - 2024-10-23T164805.328

Azira amal IF dan OMAD sebagai cara turunkan berat badan.

"Biasanya saya hanya akan mula makan pada pukul 2 petang dengan mengambil hanya satu hidangan makanan sebelum kembali berpuasa pada pukul 10 malam.

"Jadi keseluruhannya saya berpuasa selama 16 jam dan tidak mengambil sebarang makanan," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun akuinya, bukan mudah mengamalkan IF dan OMAD apatah lagi dia seorang yang suka mencuba pelbagai makanan.

"Saya masih makan seperti biasa, cuma sekarang saya lakukan IF. Kadang-kadang sehari saya makan sekali sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes artis cerai tak buat Azira Shafinaz takut kahwin, anggap dugaan setiap pasangan berbeza

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan susut bukan sebab kecewa, Azira Shafinaz masih bahagia selepas 12 tahun menyulam cinta

"Susah sangat nak buat perkara itu sebab saya ni suka makan, tapi saya tidaklah sampai tahap nak kena potong apa-apa jenis makanan atau tak ambil gula," katanya.

Sementara itu, berkongsi tentang penampilan, aktres itu berpuas hati dengan keadaan terkini fizikalnya dan tidak mahu dilihat terlalu kurus.

"Tak banyak (turun berat badan), dalam tiga kilogram sahaja sebab saya tak nak dilihat terlampau kurus sampai nampak terlalu cengkung," jelasnya.

size NP 1 - 2024-10-23T164902.369

Azira berpuasa 16 jam sehari.

Dalam perkembangan lain, Azira bakal muncul dengan drama One Cent Thief 2 sebanyak lapan episod.

Selain Azira, pelakon lain yang turut membintangi drama berkenaan ialah pelakon Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Sofea Jane, Trisha Ooi dan Syarul Ezani.

Drama berkenaan dijangka menemui penonton pada Januari 2025 menerusi platform digital Astro Go, On Demand dan Astro Premier.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain